Monday 24 August 2009

Tahukah Anda


KTM KOMUTER BERMULA - Keretapi Elektrik Pertama Malaysia Menjadi Realiti

Perkhidmatan komersial KTM Komuter sudahpun bermula. Laluan pertama ialah bagi sektor Rawang - Kuala Lumpur - Rawang. Pada hari Isnin, 14 Ogos 1995, dua set EMU masing - masing meninggalkan Stesen Rawang pada jam 6.15 pagi dan Stesen Kuala Lumpur pada jam 6.27 pagi untuk memulakan larian komersial pertama yang penuh bersejarah.

Bersejarah kerana KTM Komuter merupakan perkhidmatan keretapi elektrik yang pertama diperkenalkan dalam industri perkeretapian di Malaysia.

Sebelum perkhidmatan komersial ini dimulakan, orang ramai telah diberi peluang untuk menaiki KTM Komuter secara percuma selama sembila hari dari 3 - 11 Ogos 1995.

Pada 3 Ogos juga, satu larian promosi khas juga telah diadakan bagi para jemputan istimewa yang terdiri daripada pengarang - pengarang media, kumpulan - kumpulan pencinta alam, persatuan - persatuan pengguna, ahli - ahli akademik, agensi - agensi kerajaan seperti Polis, Bomba, pihak hospital, Pelancongan malaysia, DBKL dan penguasa - penguasa tempatan, ketua - ketua kampung, pengetua - pengetua sekolah dan wakil - wakil dari sektor swasta.

Sebanyak 18 set EMU digunakan untuk peringkat permulaan manakala 44 set lagi tiba secara beperingkat - peringkat dari Afrika Selatan dan Republik Korea.

No comments:

Post a Comment