Brighton tewas buat kali pertama musim ini di tangan Sheffield Wednesday 0 - 1 dalam perlawanan yang telah berlangsung di Hillsbrough, Sheffield pada 21 Ogos 2010.
Gol tunggal perlawanan adalah jaringan Giles Coke pada minit ke-38.
Gus Poyet hanya membuat satu perubahan pada kesebelasan utama yang seri 2 - 2 ketika menentang Rochdale pada minggu sebelumnya. Adam El-Abd kembali menerajui bahagian tengah pertahanan, menggantikan Gordon Greer yang digantung tiga perlawanan.
Steve Cook disenaraikan sebagai pemain simpanan bersama - sama pemain antarabangsa bawah 17 tahun England, Jake Caskey.
Seramai 18.674 orang penonton hadir menyaksikan perlawanan yang berlangsung dalam keadaan panas terik.
Brighton berkedudukan di tangga ke-11 Liga Satu npower dengan mengumpulkan 4 mata dari 3 perlawanan.
Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett, Dicker, Kishishev (Baz 78), Jamie Smith (Battipiedi 72); Barnes, Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Hart, Holroyd, Caskey, Cook.
No comments:
Post a Comment