Sunday, 26 June 2011

Stesen Keretapi Arau Ditutup?

Sewaktu aku bertugas di luar kawasan baru-baru, aku dihujani dengan banyak panggilan telefon dari kawan-kawan tentang penutupan Stesen Keretapi Arau. Aku yang tak tahu apa-apa tak mampu untuk menjawab semua soalan yang diajukan dengan segera.

Tetapi setelah aku mula bekerja di pejabat, barulah aku tahu perkara yang sebenarnya.

Untuk makluman kalian semua, Stesen Keretapi Arau bukanlah ditutup. Stesen Keretapi Arau masih beroperasi cuma tapak stesennya sahaja yang telah diubah ke lokasi baru, iaitu berhampiran dengan Kampung Titi Besi, tidak jauh dari stesen yang ada sekarang.

Stesen Arau yang lama akan diruntuhkan bagi memberi laluan kepada bangunan stesen yang baru sesuai dengan Projek Landasan Berkembar Ipoh - Padang Besar.

Stesen Arau yang baru kelak akan mempunyai platform sepanjang 300 meter, 200 petak tempat letak kereta, 50 petak meletak motosikal, kemudahan untuk OKU, tandas, surau, kiosk dan pelbagai lagi kemudahan untuk para pengguna keretapi.

Aku harap dengan penjelasan ini, kawan-kawan di luar sana dah faham dengan maksud 'Stesen Keretapi Arau Ditutup' tu. Raya dah dekat bro, rugilah KTMB kalau Stesen Arau ni ditutup. Ramai pelanggan dah beli tiket keretapi turun kat stesen ni. Nak tunggu Stesen Bukit Ketri dan Stesen Kodiang siap, lambat lagi. Jadi gunalah Stesen Keretapi Arau yang sementara di Kampung Titi Besi tu dulu.....

No comments:

Post a Comment