Thursday 12 May 2011

Jake Ke Separuh Akhir Kejohanan Eropah

Jake Forster-Caskey membantu pasukan England Bawah 17 tahun mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Eropah, selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas tuan rumah, Croatia semalam.

Pemain tengah Brighton & Hove Albion itu beraksi sepenuh masa perlawanan yang turut membawa 'The Young Lions' layak untuk beraksi pada Kejohanan Bawah Umur 17 Tahun FIFA yang dijadualkan berlangsung di Mexico pada bulan hadapan.

Setelah seri 2-2 dengan Perancis dan tewas 0-2 kepada Denmark dalam perlawanan terdahulu, kemenangan amat diperlukan oleh England untuk mara ke peringkat separuh akhir, sambil mengharapkan Perancis akan kehilangan mata sewaktu menentang Denmark.

England akan berhadapan dengan Belanda pada perlawanan separuh akhir malam ini, yang mana pasukan dipimpin oleh pengurus, John Peacock kelihatan bersedia untuk mengekalkan gelaran Juara Eropah yang dimenangi pada tahun lepas.

No comments:

Post a Comment