Thursday, 12 May 2011

Cepat - Cepat, Jangan Terlambat

Kepada kalian-kalian yang bercadang untuk menggunakan perkhidmatan keretapi pada masa cuti sekolah nanti, cepat-cepatlah mendapatkan tiket sebelum ianya habis dijual.

Aku dimaklumkan bahawa tiket-tiket sedang laris dijual ibarat macam goreng pisang panas dan tak mustahil ianya akan habis dalam sedikit masa lagi.

Kalian jangan harap untuk mendapatkan tiket di saat-saat akhir kerana minda penduduk negara ini sudah mula berubah dengan menggunakan perkhidmatan keretapi untuk pergi ke mana-mana destinasi. Ramai daripada mereka yang telah merancang perjalanan dan mendapatkan tiket lebih awal kerana merasakan bahawa perkhidmatan keretapi sudah semakin baik, samada dari segi masa perjalanan yang sudah semakin tepat mahupun keselesaan di dalam koc.

Aku tumpang gembira dengan perkembangan sebegini. Aku sendiri dapat melihat bagaimana perkhidmatan ETS dan Shuttle sudah mula mendapat perhatian dari orang ramai. Dengan tambang pengangkutan awam yang lain seperti bas sudah hampir sama dengan tambang keretapi, rasanya lebih ramai penduduk Malaysia/Singapura memilih untuk menaiki keretapi kalau mahu ke mana-mana.

Syabas dan tahniah buat semua kakitangan KTMB kerana usaha mereka yang berterusan untuk mempromosi Perkhidmatan Antarabandar tidak sia-sia dan aku berdoa agar KTMB akan kembali beroleh keuntungan seperti masa-masa dulu.

No comments:

Post a Comment