Tuesday 15 June 2010

Penjaga Gol Baru

Dalam usaha untuk memantapkan lagi barisan pertahanan, pengurus pasukan Brighton Gus Poyet telah mendapatkan seorang penjaga gol iaitu Micheal Poke.
Penjaga gol berusia 24 tahun itu akan menamatkan kontrak beliau bersama pasukan Southampton pada 1 Julai 2010. Beliau akan menyertai pasukan Brighton secara percuma berdasarkan Undang-Undang Bosman.

Poke memulakan kariernya di Southampton sebelum dipinjamkan ke pasukan Oldham dan Northampton. Bakat yang ada pada dirinya telah membantu pasukan Torquay untuk kembali menyertai 'Football League' pada tahun 2008.

Semoga kehadiran beliau dapat melupakan kita tentang kehilangan seorang penjaga gol yang hebat dalam sejarah bolasepak Brighton & Hove Albion iaitu Micheal Kuipers yang kini menyertai pasukan Crawley Town yang bermain dalam liga bawahan - Liga Perdana Blue Square (Blue Square Premier League).

No comments:

Post a Comment