Saturday, 12 December 2009

Relkar Dalam Perkhidmatan KTM

Dalam menarik lebih ramai penumpang, KTM telah memperkenalkan perkhidmatan relkar. Perkhidmatan tren ringkas ini telah dimulakan di beberapa landasan, terutamanya bagi sektor - sektor yang pendek.

KTM memulakan perkhidmatan relkar diesel pada 30 Ogos 1958 selepas penerimaan 12 unit relkar dari Syarikat Commonwealth Engineering of Australia.

Pada 1 April 1967, KTM telah melancarkan perkhidmatan Tren Rengkas antara Kuala Lumpur dengan Singapura, dalam usaha untuk menyaingi pengangkutan jalan raya. Perkhidmatan ini telah mendapat sambutan yang di luar dugaan. (Adalah dipercayai perkhidmatan Ekspres Rakyat bermula dengan tren rengkas ini).

Relkar ini dikenali sebagai relkar Kelas 271 dengan nombor yang diperuntukan adalah 271.01 hingga 271.12. Nama - nama relkar adalah seperti berikut:
271.01 Hang Tuah
271.02 Hang Jebat
271.03 Hang Kasturi
271.04 Hang Lekir
271.05 Hang Lekiu (Terbakar di Tanjung Malim)
271.06 Hang Nadim
271.07 Badang (juga menggunakan nama Sri Udani)
271.08 Sri Udani (juga menggunakan nama Tun Biajid)
271.09 Dato Sagor
271.10 Selampit
271.11 Tun Telani
271.12 Tun Biajid (juga menggunakan nama Badang)

Relkar Kelas 271 ini beratnya 33 tan dan mempunyai kelajuan maksimum 60 batu sejam. Susunan kerusi untuk tiga koc relkar ini adalah 12 tempat duduk untuk penumpang kelas 2 dan 40 tempat duduk untuk penumpang kelas 3. Manakala untuk koc yang lain, ianya dilengkapi dengan 56 tempat duduk untuk penumpang kelas 3.

Dalam tahun 1966, KTM menerima lima belas lagi relkar, 10 unit dari Hitachi manakala selebihnya daripada KSK. Relkar ini dikenali sebagai relkar Kelas 281 dan diperuntukkan nombor 281.01 sehingga 281.15.

Nombor dan nama relkar Kelas 281 adalah seperti di bawah:
281.01 Tun Kudu
281.02 Tun Hamzah
281.03 Tun Tahir
281.04 Tun Hassan (Berlanggar di Layang-Layang)
(Pada 23 April 1968 jam 6.21 petang, Tren Rengkas 281.04 (Tren No. 15) dari Kuala Lumpur telah berlanggar dengan Tren Campur No. 88 dari Singapura. Kejadian ini berlaku di Stesen Layang-Layang, Johor)
281.05 Tun Mamat
281.06 Tun Mai
281.07 Tun Mutahir
281.08 Tun Fatimah
281.09 Tun Teja
281.10 Dato' Bahaman (Tun Rahman)
281.11 To' Janggut
281.12 Dol Said
281.13 Indera Gajah
281.14 Puteri Sa'adong
281.15 Seri Lanang

Relkar Kelas 281 ini diperolehi hasil daripada Rancangan Bantuan Teknik Rancangan Colombo (Plan Colombo). Berat relkar ini adalah 34 tan dan mempunyai kelajuan maksimum 60 batu sejam. Semua koc relkar ini mempunyai 12 tempat duduk kelas 2 dan 44 tempat duduk kelas 3.

Terdapat sebuah lagi relkar yang diperolehi dari Jepun pada 14 Ogos 1965 yang dikenali sebagai Relkar Kelas 282 dan diperuntukan nombor 282.01. Relkar diesel ini yang berharga RM300,000 adalah hadiah daripada kerajaan Jepun juga dibawah Rancangan Bantuan Teknik Rancangan Colombo.

Nombor dan nama relkar tersebut adalah seperti dibawah:
281.01 Tun Perak


No comments:

Post a Comment