Monday 31 December 2012

Pasar Minggu Gua Musang


Sudah menjadi kelaziman di mana-mana tempat pasti ada satu hari dijadikan Pasar Minggu. Di Gua Musang, Pasar Minggu diadakan pada pagi hari Jumaat. Ini kerana hari Jumaat adalah hari minggu bagi Negeri Kelantan Darul Naim.

Seperti di lain-lain pasar minggu, di sinilah tempatnya para peniaga akan berkumpul beramai-ramai menjual pelbagai barang keperluan untuk dipilih dan dibeli oleh penduduk sekitar. Tidak terkecuali dengan Pasar Minggu Gua Musang ini. Semuanya ada tersedia untuk dipilih oleh para pengunjung yang datang dari sekitar Gua Musang dan kawasan-kawasan yang berhampiran. Orang luar seperti aku juga ramai kelihatan termasuk juga dengan pelancong dari negara asing.
Sebelum aku merayau-rayau di sekitar kawasan pasar minggu ini, aku bersarapan pagi berupa roti canai dan teh tarik. Sedap juga roti canai yang aku makan.....mmmm tambah lagi tiga kepinglah.
Sesudah menikmati sarapan yang begitu menyelerakan, aku memulakan pencarian. Ada banyak barang untuk dilihat, dipilih dan dibeli samada untuk keperluan ataupun sebagai cenderahati. Aku singgah di sebuah kedai menjual pakaian. Boleh tahan harganya. Aku beli empat helai baju T dengan harga RM10 sehelai.
Kemudian aku tertarik dengan sebuah gerai yang menjual mini murtabak. Tertarik dengan cara pembuatan dan rupabentuk murtabak itu, lantas aku membelinya. Malangnya murtabak itu rasanya agak manis sedikit dan tidak sesuai dengan aku yang suka makan makanan yang agak pedas.
Selepas itu aku meneruskan lagi pusing-pusing di sekitar kawasan pasar minggu. Tiba-tiba kasut yang aku pakai terkoyak. Jadi aku pun mencari gerai yang menjual kasut dan membeli kasut baru (yang hampir sama buatannya dengan kasut aku yang dah koyak) dengan harga Cuma RM15 sepasang. Kira ok lah tu.
Seronok juga dapat datang ke pasar minggu ni. Ada juga benda yang dapat aku beli untuk dijadikan kenang – kenangan. Selain daripada itu, ikan basah, daging lembu, ayam, sayur – sayuran, buah – buahan, pinggan mangkuk dan pakaian juga ada dijual di sini.
Setelah hampir dua jam di pasar minggu, aku pun berjalan kaki balik ke tempat penginapan yang letaknya lebih kurang dua kilometer dari tapak pasar minggu. Semasa balik aku sempat melihat masjid ini...
Stesen minyak ini...
Pintu gerbang ini...
Perpustakaan ini...
KESEDAR...
Melalui jambatan ini...
Dapat lihat ini...
Menyaksikan kerja-kerja mendirikan pagar...
Melihat kedai-kedai ditutup kerana cuti hari minggu...
Dan yang dibuka hanyalah hotel tempat aku menginap!
Rasa penat hilang bila timbul rasa seronok melihat negeri orang. Apapun aku terpaksa berkemas untuk pulang kerana aku hanya ada masa dua jam sebelum tren berlepas.

No comments:

Post a Comment