Sunday 15 January 2012

Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2011

Pada 31 Disember 2011 yang lalu, bertempat di Royal Perak Golf Club, Ipoh telah berlangsung Malam Gala Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2011.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, biarpun Perak mempunyai pelbagai produk pelancongan bertaraf dunia, namun kekurangan dalam mempromosikannya tidak akan membantu perkembangan industri berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri melihat industri tersebut mempunyai potensi besar dan mahu ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

ZAMBRY Abd. Kadir (tengah) bersama pemenang Anugerah Pelancongan Perak 2011

Pada majlis tersebut, Zambry turut menyampaikan 18 anugerah pelancongan negeri yang antara lain dimenangi oleh Hotel Syuen, The Banjaran Hotsprings Tambun, Lost World of Tambun dan Homestay Kampung Beng Lenggong.

Turut mendapat penghargaan pada malam tersebut adalah Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi Kategori Pengangkutan Terbaik.

No comments:

Post a Comment