Sunday 15 January 2012

Pantai Batu 8 Teluk Kemang, Port Dickson

Dalam melaksanakan tugas - tugas seharian di pejabat, aku tak lupa pada keluarga yang selama ini banyak membantu dalam meneruskan kehidupan ini. Jasa dan pengorbanan mereka tak mampu untuk aku balas. Namun untuk menghargai mereka, aku sekali lagi membawa keluarga untuk berkelah. Destinasi kami kali ini adalah Pantai Batu 8, Teluk Kemang, Port Dickson.

Walaupun kami tiba agak lewat (kira - kira jam 2 petang), orang ramai masih memenuhi ruang - ruang kosng yang ada di sepanjang pantai. Aku dan keluarga bernasib baik kerana mendapat satu ruang yang teduh di bawah sepohon pokok yang rendang.

Suasana pantai yang tidak sunyi dengan pelbagai aktiviti laut
Pantai yang bersih sememangnya menarik perhatian ramai orang untuk mengunjunginya
Trailer yang digunakan untuk menarik bot - bot balik ke pantai
Sudah banyak gerai - gerai yang didirikan di sepanjang pantai
Walaupun cuaca panas, dapat berteduh di pohon yang rendang bagi aku cukup mendamaikan
Bangunan apa yang nampak dari kejauhan tu?
Damai dan mempersonakan. Tapi mengapa masih ramai rakyat negara ini yang masih melancong ke luar negara?
Keindahan pantai
Pengujung pantai cuba untuk mendayung bagi mencari keseronokan
Semakin ramai pengusaha pelampung di sini
Antara gerai yang didirikan ... menjual cenderahati untuk dibawa pulang
Trailer untuk bot dilihat dari dekat
Malangnya tandas awam ditutup pada waktu - waktu begini. Mengapa?
Nak makan apa encik? Semua ada....
Tempat mandi dan menyalin pakaian
Macam bangunan antik la pulak
Hingga jam 5 petang, kelihatan masih ada yang baru datang
Akhirnya anak - anak kepenatan dan mengajak balik dan tiba di rumah sekitar jam 10 malam.

Keseronokan dan kepuasan terpancar di muka kami sekeluarga sepanjang perjalanan balik itu. Alhamdulillah... kalau ada rezeki kami bercadang untuk berkunjung ke Melaka pula pada cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina nanti...

No comments:

Post a Comment