Thursday, 12 August 2010

England..2 Hungary..1

Steven Gerrard menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada separuh masa kedua bagi membolehkan England menumpaskan Hungary 2 - 1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley, sebentar tadi (11 Ogos 2010).

Dengan Terry, Walcott, Lampard dan Cole digantikan pada permulaan separuh masa kedua dengan Michael Dawson, Ashley Young, Bobby Zamora dan Kieran Gibbs, England tampak sedikit bertenaga dengan formasi 4-4-2.

England dikejutkan dengan jaringan sendiri oleh Jagielka pada minit ke-62 ketika beliau cuba untuk menyekat sepakan lintang pemain Hungary, Zoltan Gera.

Tetapi Gerrard tampil dengan dua gol menarik pada minit ke-69 dan 73 bagi mengelakkan pengurus pasukan Fabio Capello daripada mendapat malu yang lebih besar ekoran prestasi yang buruk sewaktu Piala Dunia Afrika Selatan baru - baru ini.

England: Hart, Glen Johnson, Jagielka, Terry (Dawson 46), Ashley Cole (Gibbs 46), Barry, Lampard (Zamora 46), Walcott (Young 46), Gerrard (Wilshere 82), Adam Johnson, Rooney (Milner 66). Pemain simpanan yang lain: Loach, Cahill, Carlton Cole, Fielding.

No comments:

Post a Comment