Tuesday 19 April 2011

Hari Kelima Di Puerto Princesa (Part 1)

Salam Sejahtera.

Hari kelima di Puerto Princesa bermula dengan agak suram. Hujan turun dari jam 3 pagi membuatkan aku merasa kurang selesa. Aku tak dapat nak lena kerana teruja benar dengan aktiviti yang akan aku lalui sepanjang hari ini.

Jam 5 pagi. Matahari dah pun bersinar, tapi sinarannya itu ditelan oleh awan mendung yang memenuhi langit biru. Aku menung sendirian....

Aku ada membuat janji dengan seseorang untuk pergi ke sebuah tempat yang menarik. Jadi, aku pun menaiki sebuah jeepney menuju ke tempat pertemuan.

Satu pemandangan dari cermin jeepney
Selepas berjumpa dengan kawanku itu, dia memberi tahu bahawa aku akan dibawa ke Underground River National Park, kira-kira 81 km dari Puerto Princesa. Perjalanan mengambil masa selama dua jam, melalui kawasan kampung dan kawasan bergunung ganang. Ini best... kataku dalam hati.

Selepas hampir sejam perjalanan, aku tiba di satu puncak yang dikenali sebagai Buena Vista View Deck.

Papan tanda menuju ke Buena Vista View Deck
Dari atas puncak ini, aku dapat lihat satu pemandangan yang indah. Gunung ganang, lautan, bukit bukau dan segala macam keindahan alam ciptaan Ilahi. Aku bersyukur dengan apa yang ada pada aku hari ini
Setelah berehat sebentar, aku meneruskan perjalanan menuju ke Sabang, sebuah pekan kecil sebelum ke Underground River.

Salah sebuah gerai yang terdapat di Sabang
Untuk ke Underground River, kita perlu menaiki bot.
Sebelum naik bot, aku pusing-pusing melihat gerai-gerai yang ada
Ini pula sedikit maklumat tentang Underground River tu
Sebelum naik bot, kena daftar dulu
Sedikit bayaran dikenakan sebelum boleh masuk ke kawasan Underground River
Semua bot di sini mempunyai 'sayap' yang digunakan bagi mengimbangi bot semasa dilanda gelombang atau ombakBest dapat naik bot macam ni
Lagi best kalau dapat duduk di bahagian belakang
Lihatlah... betapa banyaknya bot yang sedang berkhidmatan untuk para pengunjung ke Underground River
bersambung.....

No comments:

Post a Comment