Monday 18 April 2011

Hari Keempat Di Puerto Princesa

Aku bangun agak lewat pada hari keempat di Puerto Princesa. Jika mengikut jadual, pagi ini aku akan menziarah saudara sesama Islam di salah sebuah masjid di pinggir bandar untuk membuat sedikit gotong royong.

Setelah bersarapan pagi dengan secawan kopi dan beberapa keping biskut, ku mula berjalan kaki menyusuri jalan dan lorong menuju ke tempat yang sepatutnya berdasarkan kepada alamat yang telah diberi.

Aku singgah sebentar di sebuah klinik untuk mencari ubat demam (untuk spare takut-takut aku mengalami demam kalau kena hujan). Jumpa la satu kedai milik kerajaan Filipina. Sambil-sambil tu aku tanyakan arah tuju ke masjid yang aku nak pergi. Jururawat tu beritahu masjid tak jauh dari klinik itu.
Aku meneruskan perjalanan. Terjumpa sebuah pejabat milik kerajaan yang dindingnya diperbuat daripada buluh. Terfikir dalam benak fikiranku, kerajaan tempatan tak bantu ke membuat bangunan yang lebih moden?

Jalan punya jalan, keluar masuk lorong, aku terjumpa satu simpang empat. Di satu sudut simpang tu tertera nama ketua kampung dan ahli jawatankuasanya. Alangkah baik kalau di Malaysia pun ada info seperti ini.
Bentuk rumah ini dan warna-warnanya menarik perhatianku. Ini baru dikatakan rumah moden.
Aku difahamkan yang di bawah ini adalah sebuah klinik yang sama tarafnya seperti klinik desa di Malaysia
Tetiba aku kembali masuk ke jalan besar semula. Sesatkah aku?
Cantik tak motosikal ini?
Sebuah jeep yang aku rasa antik juga
Aku kembali menyusuri lorong - lorong mencari masjid itu. Dah lewat nie...
Dah tak larat nak jalan kaki, aku sewa 'tricycle' ni
Macam dah dekat aje.....
Akhirnya....
Sedih sungguh bila lihat keadaan masjid ini
Nama penuh masjid ini
Walaupun dianggap terpencil, tapi masih ada tulisan jawi di sini
Keadaan di dalam masjid
Penyata kutipan derma dari orang ramai
Tempat mengambil wudhuk
Aku di majid itu sehingga petang. Oleh kerana kerja yang aku nak buat dah selesai, aku pun balik ke tempat penginapan semula.

Dalam masa berjalan kaki tu, aku terserempak dengan sebuah tugu peringatan
Ianya dinamakan sebagai 'La Pieta'
Sekali lagi aku terjumpa satu papan tanda yang menyenaraikan nama ketua kampung dan kuncu-kuncunya
Dari jauh, terlihat juga aku akan Rumah Api Puerto Princesa
Akhirnya aku sampai di hotel. Bersihkan diri dan tidur kerana rasa penat sangat. Esok ada lagi aktiviti yang telah dirancang.

No comments:

Post a Comment