Saturday, 26 September 2009

Tren Balas

Tren Balas atau Ballast Train adalah satu jajaran tren yang sangat penting. Ini kerana apabila berlaku kecemasan, Tren Balas ini tidak boleh ditahan oleh mana - mana stesen tanpa ada sebab yang sia - sia.

Tren Balas sedang bekerja di Yad Parit Buntar
Tren Balas ini dilarikan mengikut keperluan Jabatan Urusan Jalan.

Salah sebuah gerabak Tren Balas
Lagi gerabak Tren Balas

Tren Balas bermaksud tren kejuruteraan yang khusus untuk membawa batu blok, balas, crusher run, chipping, habuk kuari dan lain - lain peralatan kegunaan Jabatan Urusan Jalan.

Bogie HOTC juga digunakan sebagai Tren Balas
Oleh kerana bahan stok kecemasan terdapat di seluruh Jajaran KTMB, maka banyak Tren Balas yang boleh kita temui beroperasi siang dan malam. Antara tempat - tempat yang dipercayai tempat menyimpan stok ini adalah di Bukit Mertajam, Taiping, Kajang, Gemas, Kempas Baru, Jerantu, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas dan Tasek Gelugor.

Stok Bahan di Stesen Kuala Krau
Keretapi Balas bersedia di Stesen Gua Musang

No comments:

Post a Comment