Wednesday 11 September 2013

Jawatan Kosong - Pembantu Tadbir (Kerani Kaunter)



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEMBANTU TADBIR (KERANI KAUNTER)
(GRED N09G10)

KELAYAKAN
- Umur hendaklah tidak melebihi 25 tahun untuk calon-calon luaran dan 35 tahun bagi calon-calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad  pada tarikh iklan ditutup;

- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan mendapat kepujian di dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik serta lulus Bahasa Inggeris.


KRITERIA PEMILIHAN
- Berpewatakan menarik, positif, sabar, berkeyakin tinggi dan kreatif.

- Fizikal yang sihat dengan berat badan serta ketinggian yang ideal.

- Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik serta kebolehan menguasai bahasa ketiga adalah suatu kelebihan;

- Sanggup bekerja syif termasuk pada hujung minggu dan cuti-cuti umum;

- Boleh bekerja dalam kumpulan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah penyeliaan yang minimum;

- Pengalaman bekerja di dalam bidang perkhidmatan pelanggan atau pengurusan hospitaliti  akan diberi keutamaan;

 - Mempunyai pengetahuan asas komputer, memiliki kenderaan sendiri dan lesen memandu yang sah juga akan diberi keutamaan;

- Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang tidak lengkap serta gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk di temuduga dan permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 27 September 2013 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Tel: 03-22631368/03-22631312

No comments:

Post a Comment