Permohonan adalah dipelawa daripada
warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
TUKANG K3
(GRED R07G12)
KELAYAKAN
Calon
Dalaman :
-
Telah disahkan dalam perkhidmatan;
-
Berkhidmat tidak kurang dari 5 tahun dalam gred 12;
-
Lulus ujian Tukang K3 ;
-
Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Calon
Luaran:
-
Berusia tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan;
-
Mempunyai sijil kemahiran daripada IKM, ILP, Giat MARA atau mana-mana
institusi yang setaraf atau
-
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dari mana-mana institusi
kemahiran atau
-
Keutamaan dalam bidang Teknologi Bangunan Berasaskan Kayu, Teknologi
Bangunan Berasaskan Batu-Bata, Pemasangan Paip Domestik dan lain-lain yang
setara.
KRITERIA
PEMILIHAN
-
Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
-
Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
-
Sedia bertukar kemana-mana lokasi dirangkaian KTMB;
-
Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.
SPESIFIKASI
TUGAS
-
Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembaikan/penyenggaraan
bangunan.
-
Bertanggungjawab mengadakan cara kerja yang selamat.
-
Menggunakan peralatan dan bekalan/alat ganti dengan berpatutan tanpa
membazir.
-
Menunjuk ajar serta bekerjasama dengan pembantu (Penyenggara Am) untuk
menjalankan tugas tugas harian.
-
Memastikan semua peralatan tukang dalam keadaan sempurna.
-
Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia dari masa kesemasa.
CARA
MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis
dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman, kelulusan beserta dengan
salinan sijil yang berkaitan dan bagi calon luar hendaklah menyertakan sampul
surat beralamat sendiri yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah
dihantar sebelum 23 September 2013 ke
alamat seperti berikut:-
PENGURUS BESAR
Pengurusan Bakat dan
Pembangunan Organisasi
KERETAPI TANAH MELAYU
BERHAD
Ibu Pejabat Korporat
KTM Berhad
Jalan Sultan
Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.
Tel:
03-22631368/03-22631312
No comments:
Post a Comment