Tuesday 29 October 2013

Jawatan Kosong - Pembantu Trafik

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEMBANTU TRAFIK
(GRED N09G10)

Kelayakan
  • Calon luaran hendaklah berumur tidak melebihi 25 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad  pada tarikh iklan ditutup;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
  • Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
  • Mempunyai etika perkhidmatan pelanggan yang baik;
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB

Spesifikasi Tugas

  • Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
  • Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
  • Menjalankan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan pelanggan di atas tren atau di tempat kerja;
  • Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
  • Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
  • Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, nombor telefon, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang tidak lengkap serta gagal memenuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk di temuduga dan permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 28 Oktober 2013 ke alamat berikut:-


Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631368/03-22631312

No comments:

Post a Comment