Satu cabang landasan yang kini tidak digunakan lagi adalah landasan dari Pasir Mas ke Rantau Panjang dalam negeri Kelantan. Ianya bermula di KM 502.5 Landasan Pantai Timur sebelum memasuki kawasan Stesen Pasir Mas.
Panjang landasan ini adalah 18.7 kilometer dan mula beroperasi pada 1 September 1920. Landasan ini bersambung terus ke Negara Thai selepas melintasi batas sempadan Malaysia/Thai iaitu Sungai Golok. Selepas melintasi Jambatan Sungai Golok, anda sudah dapat melihat Stesen Sungai Golok. Jarak antara Stesen Rantau Panjang dan Stesen Sungai Golok cuma 15 rantai dan telah dibuka pada 1 November 1921.
Berikut adalah peta yang menunjukkan landaan Pasir Mas - Rantau Panjang.
85100 - Stesen Pasir Mas
85152 - Lintasan Rata Pasir Mas
87000 - Perhentian Repek
85154 - Lintasan Rata Sungai Repek
87400 - Perhentian Lubok Batil
87600 - Stesen Gual Periok
85155 - Lintasan Rata Gual Periok
87800 - Perhentian Gual Sitok
87950 - Lintasan Rata Rantau Panjang
87900 - Stesen Rantau Panjang
88000 - Stesen Sungai Golok
88000 - Stesen Sungai Golok
Stesen Pasir Mas
Sebelum ditutup kepada trafik, tren No. 3300 dan 3301 (Tren CIMA Liner) beroperasi menggunakan landasan ini bagi perjalanan Bukit Ketri - Wakaf Bharu - Bukit Ketri.
Tidak lama selepas pelancaran perkhidmatan Jambatan Darat (Landbridge), Tren No. PTP 113 dan 114 pula yang menggunakan landasan ini bagi perjalanan Singapura - Lat Krabang - Singapura.
Malangnya, perkhidmatan kedua - dua tren tersebut telah ditamatkan.
Begitu juga dengan perkhidmatan tren campur No. 615 dan 616 yang beroperasi dari Tumpat ke Rantau Panjang dan sebaliknya. Oleh kerana mahu mengelak daripada kegiatan penyeludupan yang berleluasa, pihak KTM telah mengambil keputusan untuk menamatkan operasi tren ini pada penghujung tahun 1980'an.
Papan tanda jarak yang telah dirosakkan sepatutnya menunjukkan KM 5, lokasi Perhentian Repek.
Di zaman kegemilangannya, Repek merupakan sebuah stesen. Di bahagian kanan stesen ini terdapat sebuah platform sepanjang 400 kaki. Walau bagaimanapun, tiada tren yang dibenarkan berselisih di stesen ini.
Ini pula adalah Lintasan Rata Sungai Repek
Setelah puas mencari Perhetian Lubok Batil tetapi tidak ditemui, perjalanan diteruskan menuju ke Gual Periok.
Ini pula adalah Lintasan Rata Sungai Repek
Setelah puas mencari Perhetian Lubok Batil tetapi tidak ditemui, perjalanan diteruskan menuju ke Gual Periok.
Menghala ke Stesen Gual Periok dari arah lintasan rata.Akhirnya berjumpa juga dengan Signboard GUAL PERIOK.
Tapak bangunan stesen yang telah dirobohkan.
Menurut cerita penduduk tempatan yang ditemui, rata - rata mereka mengatakan bahawa Stesen Gual Periok ini pada satu ketika dulu merupakan sebuah stesen yang sibuk. Stesen ini mengendalikan trafik gerabak bijih besi yang datang dari Stesen Bukit Besi (sebuah stesen lama dekat Temangan). Bijih besi yang telah diproses, kemudian dihantar ke Jepun melalui Pelabuhan Pantai Seri Tujoh di Tumpat.
Stesen ini mempunyai platform di sebelah kanan stesen yang panjangnya 396 kaki. Landasan gegelong stesen ini pula panjangnya 1,132 kaki yang membolehkan tren berselisih.
Lagi gambar signboard.
Stesen ini mempunyai platform di sebelah kanan stesen yang panjangnya 396 kaki. Landasan gegelong stesen ini pula panjangnya 1,132 kaki yang membolehkan tren berselisih.
Sungguhpun begitu, aktiviti di stesen ini mula malap apabila syarikat Jepun yang menjalankan kegiatan bijih besi mula berpindah ke Kerambit. Ini berlaku pada penghujung tahun 1960'an apabila syarikat tersebut berhasrat untuk mencari lebih banyak kawasan yang berpotensi untuk dijadikan lombong bijih besi.
Lagi gambar signboard.
Keadaan landasan di Gual Periok.
Lintasan Rata Gual Periok.
Tidak jauh dari Stesen Gual Periok, adalah Perhentian Gual Sitok. Tidak banyak yang dapat diperkatakan tentang perhentian ini.
Di perhentian ini terdapat agen yang menjual tiket kepada penumpang.
Khabarnya, inilah tempat agen tersebut menjual tiket.
Tiada kesan papantanda perhentian kelihatan di sini, cuma kesan tapak perhentian masih kelihatan.
Ini pula adalah lintasan rata yang terdapat berhampiran perhentian ini.
Selepas meninggalkan Gual Sitok, kita akan temui Lintasan Rata Rantau Panjang.
Akhirnya, inilah Signboard Stesen Rantau Panjang.
Untuk pengetahuan, mulai 1 Februari 1994, semua get lintasan rata di Kampung Repek, Kampung Gual Periok dan Rantau Panjang tidak dikendalikan oleh penjaga get.
Sungguhpun demikian, landasan laluan ini masih dijaga dengan baik bagi menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang.
Ia merupakan sebuah Stesen Blok dengan menggunakan Sistem Separuh Kuncikait Elektrik dan Sistem Persemboyanan Blok antara Rantau Panjang - Pasir Mas adalah menggunakan Alat Token Sekatan Pendek.
Untuk pengetahuan, mulai 1 Februari 1994, semua get lintasan rata di Kampung Repek, Kampung Gual Periok dan Rantau Panjang tidak dikendalikan oleh penjaga get.
Sungguhpun demikian, landasan laluan ini masih dijaga dengan baik bagi menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang.
tq. bg infiormasi berguna
ReplyDeleteMenariknya. Saya teringin berlari di laluan landasan ini. Bagaimanakah rupanya di tahun 2018 ni kan.
ReplyDeletesaya search image di lintasan2 rata tersebut menggunakan google map. kelihatannya semak samun telah menutupi landasan keretapi tersebut
ReplyDeleteTerima kasih untuk info yang sangat berguna ini terutama dalam membantu saya menyiapkan tesis berkenaan penutupannya. Bagaimanakah boleh saya menghubungi tuan bagi mendapatkan tambahan maklumat lagi?
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Boleh saya tahu tarikh/tahun perkhidmatan keretapi P. Mas - R. Panjang ditamatkan? Terima kasih
ReplyDelete