Monday 28 November 2011

Brighton..2 Coventry City..1

Brighton mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas pasukan Coventry City dalam perlawanan Liga Kejuaraan yang berlangsung di Stadium Amex pada hari Sabtu, 26 November 2011.

Dalam perlawanan tersebut, Brighton telah menunjukkan permainan yang menarik dengan menjaringkan gol seawal minit ke-6 apabila percubaan Mackail-Smith diselamatkan oleh penjaga gol Coventry Joe Murphy, malangnya bola melantun mengenai pemain pertahanan Richard Keogh dan terus menerjah jaring. Coventry menyamakan kedudukan pada minit ke-9 menerusi tandukan cantik oleh Gary Gardner. Gol kemenangan Brighton dijaringkan oleh Romain Vincelot pada minit ke-37 menerusi satu tandukan yang mengelirukan hasil daripada sepakan percuma yang diambil oleh Liam bridcutt.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat dua perubahan terhadap kesebelasan utama yang tewas 0 - 3 di tangan Southampton pada hari Sabtu lepas. Penjaga gol Denmark Casper Ankergen diberi kepercayaan untuk menjaga gawang buat kali pertama sejak 18 Oktober 2011, setelah Steve Harper kembali ke Aston Villa berikutan tamat tempoh pinjaman selama sebulan bersama Brighton. Inigo Calderon menggantikan Mauricio Taricco di bahagian pertahanan yang menjalani penggantungan dua perlawanan, sementara Will Hoskins disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Perlawanan yang menarik ini telah disaksikan oleh seramai 19,708 orang penontot termasuk penyokong setia pasukan Coventry berjumlah 1,791 orang.

Dengan kemenangan ini, Brighton kekal di tangga ke sebelas liga dengan mengutip 26 mata daripada 18 perlawanan. Southampton masih kekal di tangga teratas liga dengan mengumpul 39 mata daripada 18 perlawanan diikuti dengan West Ham United, Cardiff City dan Middlesbrough.

Perlawanan seterusnya adalah pada hari Selasa 29 November 2011 menentang pasukan Derby County di Pride Park, Derby.

SENARAI PEMAIN

Albion: (4-3-3) Ankergren; Calderon, Greer, Dunk, Painter (Vincelot 13); Bridcutt, Navarro, Harley (LuaLua 78); Noone, Paynter (Barnes 59), Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Hoskins.

Coventry City: (4-4-2) Murphy; Christie (Wood 41), Keogh, Hussey, Cranie; Clingan, Gardner, Thomas (Bigirimana 53), Baker; Platt (McDonald 78), Jutkiewicz. Pemain simpanan yang lain: Dunn (GK), McSheffrey.

No comments:

Post a Comment