Monday, 15 March 2010

Sukya 2010 - Hari Ketiga Di Kuala Terengganu

Bermula dengan menikmati nasi goreng sejuk (tawar pulak tu), anak - anak Bait Al - Amin meninggalkan asrama penginapan menuju ke stadium.

Suasana di stadium bingit dengan aktiviti senamrobik yang mana RTM1 juga membuat lintas langsung untuk tontonan semua.

Jam 07.45 pagi, aku menyerahkan senarai nama peserta kepada Urusetia Pertandingan Dam.

Sementara itu Hidayah memulakan acara 'carrom' perseorangan perempuan pada jam 08.15. Setelah menanti hingga jam 09.30 pagi, barulah acara dam perempuan bermula.Anak - anak Bait Al - Amin baik yang perempuan mahupun yang lelaki bertarung sehingga jam 07.15 malam. Walaupun mereka tidak dapat melayakkan diri ke perlawanan suku akhir esok, tetapi mereka telah memberikan satu persembahan dan perjuangan yang membanggakan. Mereka telah berjaya menandingi lawan yang jauh lebih tua dari mereka dan tidak memberikan peluang untuk pihak lawan menang dengan mudah.

Pada malam ini sedang berlangsung perjumpaan semua yang hadir pada Sukya 2010 dengan deligasi Perkumpulan Anak - Anak Yatim Indonesia.

Esok pula akan diadakan acara 'carrom' beregu. Moga berjaya...................

No comments:

Post a Comment