Sunday, 20 June 2010

Pilu Tak Menentu

Sepanjang minggu lalu (14 - 19 Jun 2010), aku merasakan hidup ini umpama tidak begitu indah...

Pertama kerana aku telah menjejaki 'Penawar Rindu' yang terpisah kira-kira 14 tahun yang lalu. Mujur juga adik beradik 'Penawar Rindu' dapat menerima aku sebagai seorang kawan. Cuma aku belum tahu apa kata 'Penawar Rindu' tentang kemunculan aku ini. Khabarnya dia sedang bercuti di Terengganu, esok lusa baliklah dia ke Taiping tempat suaminya berkerja dan tiga orang anaknya membesar.

Kedua kerana 'Dugaanku' telah berpindah dari Jelutong ke rumah baru di Sungai Dua pada 19 Jun (hari Sabtu). Aku berhasrat untuk membantu 'Dugaanku' angkat barang setelah dia mempelawa aku untuk datang ke rumah lama.

Mulanya aku nak pergi juga, tapi apabila mendapat berita kematian seorang saudara di Kota Sarang Semut, Kedah, aku dan keluarga bergegas ke sana. Bila sampai di rumah, arwah dah selamat dikebumikan.... Aku baru berjumpa dengan arwah dua minggu lalu sewaktu arwah mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya.. Tapi inilah namanya takdir... tiada siapa yang boleh menentukannya... Al-Fatihah .....

Di belakang masjid ini, arwah disemadikan.

Kemudian, aku pun pusing dari Kota Sarang Semut, ke Yan, Gurun, Sungai Petani, Jeniang dan Parit Panjang. Aku sendiri kurang pasti apa yang aku cari.....

Akhirnya aku balik ke Baling mengumpul buah durian yang dah mula gugur.... Jiwa aku lebih tenang di sini.......

No comments:

Post a Comment