Wednesday 3 August 2011

Dahulu KTMB, Sekarang JKNS

Sewaktu aku dibawa melawat sekitar Yad Tanjung Aru aku ditunjukkan oleh En. Peter Chin (Penyelia Fleet Tanjung Aru), dengan tiga buah koc penumpang. Menurut beliau, ketiga - tiga koc itu dihadiahkan oleh KTMB kepada JKNS pada tahun 2010.

Jajaran tren simpanan
Kesemua koc menggunakan nombor asal dalam KTMB
Lukisan moral pada dinding salah sebuah koc
Bahagian dalam koc selepas dibuat ubahsuai
Koc kelihatan cantik dengan kemasan yang menarik
Ketiga - tiga koc tersebut disambung dengan sebuah lokomotif baru untuk membentuk satu jajaran tren. Jajaran ini hanya akan digunakan apabila salah satu daripada dua set DMU yang sedang beroperasi, mengalami kerosakan
Moga Jabatan Keretapi Negeri Sabah akan terus maju.

No comments:

Post a Comment