Sebagaimana Tren - Tren Antarabandar yang diberikan nama dan nombor tertentu, begitulah juga apa yang berlaku terhadap tren - tren barang / landbridge.
Tren yang bermula dengan angka 1XX adalah tren yang membawa kontena / perkhidmatan landbridge.
Tren yang bermula dengan angka 2XX adalah tren yang membawa gula pasir.
Tren yang bermula dengan angka 3XX adalah tren yang membawa simen.
Tren yang bermula dengan angka 40X adalah tren yang membawa bahan petroleum (contoh ammonia atau lpg).
Tren yang bermula dengan angka 47X adalah tren yang membawa baja urea.
Begitulah ceritanya apa yang aku tahu. Tetapi aku kurang pasti tentang nombor yang diperuntukan untuk tren klinker atau tren yang membawa batu menggunakan gerabak BFL / BHW.
Cuba - cubalah kalian bertanyakan kepada mereka yang lebih tahu.......
Kalau Klinker Simen/Batu Hangus (Cement Clinker), Gipsum, Kapur Tohor (Quicklime), Dolomit (Dolomite), Granit, dan lain-lain Muatan Galian dan Hasil Perlombongan, nombor dia 500. Kalau 600 pulak Muatan Bercampur-Campur (Mixed Freight).
ReplyDeleteAdapun dulu, Tren-Tren Barang kita pakai nombor 400, 500, 600, dan 700. Tren Blok nombornya 400, misalnya Perak-Hanjoong Simen @ Perak Portland Cement @ Yeoh Tiong Lei Cement punya Tren Blok nombornya 471 Turun, 472 Naik, 473 Turun, dan 474 Naik selain Tasek Cement Corporation Berhad punya Tren Blok nombornya ialah 401 Turun - 406 Naik. 500 pulak Tren Barang Bercampur-Campur Terus-Menerus. 600 dan 700 pulak Tren Lansiran Barang-Barang.