Wednesday 22 September 2010

Plymouth Argyle..0 Brighton & Hove Albion..2

Seagulls terbang tinggi…. Itulah yang dapat aku ungkapkan apabila pasukan Brighton menang 2 – 0 ketika menentang Plymouth Argyle di Home Park, awal pagi tadi (21 Sept 2010). Gol jaringan Tommy Elphick pada minit ke-22 dan Ashley Barnes pada minit ke-33 sudah memadai buat anak-anak buah Gus Poyet untuk mengukuhkan kedudukan dalam Liga Satu nPower musim ini.

Liam Bridcutt memulakah perlawanan pertamanya untuk The Seagulls di mana Gus Poyet membuat dua perubahan terhadap kesebelasan utama yang seri 0 – 0 ketika menentang Carlisle United pada hari Sabtu lepas.

Pemain tengah Albion itu menggantikan Radostin Kishishev yang direhatkan, sementara Ashley Barnes juga kembali tersenarai dalam kesebelasan utama, yang mana Albion kembali kepada formasi 4-4-2.

Barnes menggantikan pemain sayap Kazenga LuaLua, yang dinamakan sebagai pemain simpanan.

Ketua pasukan Gordon Greer terpaksa diketepikan sekali lagi kerana sedang bersama isteri beliau yang sarat hendak bersalin.

Seramai 7,078 orang penonton menyaksikan Brighton menang untuk melonjakkan pasukan itu menduduki tangga kedua Liga Satu nPower di belakang Huddersfield Town, dengan mengumpulkan 14 mata daripada 7 perlawanan.

Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah menentang Oldham Athletic di Stadium Withdean pada hari Sabtu, 25 September 2010.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett, Bridcutt, Dicker, Sparrow (LuaLua 60); Barnes, Murray (Sandaza 70). Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Jamie Smith, Baz, Battipiedi, Dunk.

No comments:

Post a Comment