Friday, 24 June 2011

Perjalanan Dari JB Sentral Ke Kuala Lipis

Pada 30 Mei 2011 yang lalu, aku telah merancang untuk menaiki tren menuju ke Kuala Lipis. Sejak awal pagi aku dah bangun untuk bersiap - siap menuju ke JB Sentral. Dari rumah ke JB Sentral jika naik bas tambangnya cuma RM1.70 aje.

Setiba aku di JB Sentral, kaunter tiket sudah dibuka dan aku terus membeli dua tiket, satu untuk perjalanan dari JB Sentral ke Kuala Lipis dengan Tren Shuttle No. 92 dan satu lagi perjalanan dari Kuala Lipis ke KL Sentral dengan Tren Senandung Wau No. 29.

Stesen JB Sentral
Perhentian Danga City Mall
Sisian Tampoi - MSM
Stesen Kempas Baru
Stesen Kulai. Di stesen ini tren yang aku naiki berselisih dengan Tren No. 27 Senandung Timuran dari Tumpat.
Stesen Layang-Layang
Stesen Renggam
Stesen Mengkibol
Cuaca mendung ketika tren singgah di Stesen Kluang
Stesen Chamek
Stesen Paloh
Stesen Bekok
Stesen Labis
Stesen Tenang
Stesen Genuang
Stesen Segamat
Stesen Gemas. Di stesen ini tren aku terpaksa berhenti lama untuk berselisih dengan Tren Shuttle No. 91 dari Kuala Lipis ke Singapura dan Tren No. 13 Ekspres Sinaran Selatan dari KL Sentral ke Singapura.
Perhentian Londah yang telah lama ditutup
Tapak Perhentian Rompin yang telah dirobohkan sepenuhnya
Stesen Bahau
Stesen Kemayan
Perhentian Mengkuang
Stesen Triang
Stesen Mengkarak. Di sini tren aku berselisih pula dengan Tren No. 15 Ekspres Sinaran Timur.
Stesen Mentakab
Perhentian Kerdau
Stesen Kuala Krau
Perhentian Mai ini juga telah lama ditutup
Perhentian Jenderak
Stesen Jerantut
Stesen Mela
Stesen Kerambit
Perhentian Batu Sembilan
Di Stesen Kuala Lipis aku berjumpa dengan sebuah tren kontena dengan dua lokomotif menuju ke arah selatan
Tren sampai tepat pada masanya. Aku rasa seronok sepanjang perjalanan tadi. Kini tiba masa untuk berehat sebelum naik satu lagi tren menuju ke Kuala Lumpur, tengah malam nanti.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment