Rimbunan pokok rhu yang tumbuh di sepanjang pantai
Pemandangan indah dan suasana ceria membuatkan pantai ini sesuai untuk sesiapa sahaja untuk berehat atau bersiar-siar di sepanjang pantainya
Jika kalian nak makan masakan yang panas-panas, kalian boleh masak sendiri terutama sekali jika kalian nak bakar ayam atau ikan. Ada tempat disediakan untuk aktiviti membakar ayam atau ikan.
Pondok-pondok kecil juga didirikan berhampiran dengan pantaiTidak ketinggalan, kedai yang menjual pelbagai barangan cenderahati dengan harga yang berpatutan
Sebuah gerai menjual makanan ringan dan minuman beroperasi di hadapan sebuah ruang rehat yang agak luas
Kemudahan surau juga disediakan di sini, walaupun sedikit jauh dari tempat tumpuan awam dan mempunyai ruang yang kecil untuk bersolat
Jumpa lagi Desaru di lain kesempatan.....Dayung perahu ke Kuala Tahan
Perahu penuh dengan muatan
Pantai Desaru dalam kenangan
Berjumpa kita di lain kesempatan
Perahu penuh dengan muatan
Pantai Desaru dalam kenangan
Berjumpa kita di lain kesempatan
No comments:
Post a Comment