Wednesday 28 September 2011

Brighton..1 Crystal Palace..3

Mengecewakan. Itulah yang dapat aku luahkan sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan bolasepak Liga Kejuaraan nPower yang berlangsung awal pagi tadi antara pasukan Brighton dengan Crystal Palace dari Stadium Amex.
Brighton mendahului 1 – 0 seawal minit ke-7 lagi apabila Craig Mackail-Smith merembat rendah bola yang dihantar oleh Gary Dicker. Kedudukan itu kekal sehingga minit ke-80 apabila Crystal Palace menyamakan kedudukan menerusi Wilfried Zaha. Pada minit ke-89, Palace mendapat gol kedua menerusi Darren Ambrose ekoran keadaan kelam kabut di depan pintu gol Brighton. Dua minit kemudian, Glenn Murray menambah parah Brighton dengan satu sepakan deras yang menerjah gawang Brighton untuk memastikan Crystal Palace menang mutlak 3 – 1.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat dua pertukaran dalam kesebelasan utama yang seri 3 – 3 ketika menentang Leeds United pada hari Jumaat lepas, menyenaraikan penolong pengurus pasukan Mauricio Taricco dalam kesebelasan utama.

Pemain pertahanan Argentina itu turun buat kali pertama sejak menang dalam pertandingan Piala FA menentang Portsmouth bulan Januari lalu, mengambil tempat Inigo Calderon, sementara Ryan Harley kembali dari kecederaan belakang dan mengambil tempat Kazenga LuaLua.

Bekas penyerang utama Brighton Glenn Murray tersenarai dalam kesebelasan utama Crystal Palace.

Dengan kekalahan ini, pasukan Brighton kekal di tangga kelima liga.

Seramai 20,153 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang banyak dikuasai oleh pasukan pelawat terutama di minit – minit akhir perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah menentang pasukan Ipswich Town di Portman Road, Ipswich pada 1 Oktober 2011.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Taricco (Vincelot 59), Dunk, Greer, Painter; Noone (LuaLua 64), Bridcutt, Dicker, Harley (Vicente 69); Barnes, Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Hoskins.

No comments:

Post a Comment