Monday 26 September 2011

Majlis Hari Raya

Pada hari Ahad, 25 September 2011 telah berlangsung majlis sambutan hari raya di kawasan perumahan yang aku tinggal.

Majlis yang sederhana tetapi meriah ini adalah usaha daripada semua AJK dan kerjasama dari semua penghuni adalah sangat baik.

Walaupun pada awalnya hujan turun agak lebat, tetapi kehadiran para tetamu adalah menggalakkan dengan ada yang bukan warga setempat pun hadir sama.

Sebahagian tetamu yang hadir
Lagi tetamu yang sedang menikmati juadah
Sebahagian daripada menu yang disediakan
Yang menjadi tumpuan adalah dua ekor kambing panggang istimewa
Selesai majlis, kaum bapa telah bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran dan mengemas semua peralatan yang telah digunakan termasuk memulangkan semua kerusi meja dan peralatan hidangan yang dipinjam daripada surau berdekatan. Manakala kaum ibu pula bergotong royong mengumpulkan semua juadah yang tidak habis untuk dibawa balik ke rumah masing - masing... tak mahu membazir kata mereka....

Semoga usaha murni seperti ini akan diteruskan lagi pada masa - masa akan datang.

No comments:

Post a Comment