Sunday 6 September 2009

England..2 Slovenia..1

England mencatat kemenangan 2 - 1 ke atas Slovenia dalam perlawanan bolasepak persahabatan di Stadium Wembley sebentar tadi.

England mendahului 1 - 0 dalam separuh masa pertama hasil jaringan penalti Frank Lampard dalam minit ke-31. England menambah satu lagi gol dalam separuh masa kedua menerusi Jermain Defoe dalam minit ke-63.

Slovenia bangkit di minit - minit akhir perlawanan dan berjaya menghasilkan gol menerusi Zlatan Ljubijankic dalam minit ke-85 .

No comments:

Post a Comment