Thursday 29 March 2012

Tarikh Penting Esok....

Esok, Jumaat 30 Mac 2012, ada dua perkara penting yang akan berlaku dalam jajaran KTMB.

Yang pertama, Stesen Gua Musang yang baru akan mula beroperasi. Stesen yang terletak di Bandar Baru Gua Musang itu jaraknya 800 meter ke arah selatan dari stesen yang ada sekarang.

(Gambar dari seorang kawan. Stesen baru Gua Musang masih dalam pembinaan)

Malang buat aku kerana tidak lagi berpeluang untuk menikmati pemandangan indah di stesen lama. Gua batu kapur di hadapan stesen pernah aku masuk satu ketika dulu, kini tinggal dalam kenangan.

Yang kedua, Stesen Sementara Gurun juga akan mula beroperasi esok mulai jam 6.30 pagi. Jarak stesen sementara ini dengan stesen lama adalah lebih kurang 200 meter.
Ini adalah stesen lama Gurun
Yang ini pula Kabin Sementara Gurun

Aku tak pernah lihat rupabentuk Stesen Gurun sementara tu. Nantilah ada masa akan aku jenguk...

Tahniah kepada KTMB atas perkembangan ini. Kepada semua pengguna keretapi terutamanya pengguna setia Perhidmatan Antarabandar, gunalah sepenuhnya kemudahan yang ada. Tak rugi naik keretapi. Selamat dan menguntungkan.

1 comment:

  1. mcm gmbo foto milik abe angsa
    http://keretapi.mymalaya.com/details.php?image_id=1998

    ReplyDelete