Tuesday 27 March 2012

Nottingham Forest..1 Brighton..1


Brighton meneruskan harapan untuk bertanding dalam 'play-off' apabila mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Nottingham Forest di City Ground dalam perlawanan nPower Liga Kejuaraan yang berlangsung semalam (Sabtu, 24 Mac 2011).

Gus Poyet menurunkan barisan yang sama sewaktu menang ke atas Derby County 2-0 pada hari Selasa lepas. Lewis Dunk masih dikekalkan di bahagian pertahanan dan Adam El-Abd dinamakan sebagai pemain simpanan setelah sembuh dari demam pada pertengahan minggu. Matt Sparrow dan Torbjorn Agdestein juga tersenarai sebagai pemain simpanan setelah Craig Mackail-Smith diketepikan kerana selesema.

Sam Vokes memulakan jaringan pada minit ke-63 menerusi satu tandukan cantik dari hantaran lintang Vicente Rodriguez. Walau bagaimanapun Nottingham Forest menyamakan kedudukan pada minit ke-94 menerusi Joel Lynch kerana kegagalan barisan pertahanan Brighton mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Pemain dari kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang keras di sepanjang perlawanan dengan pengadil terpaksa melayangkan beberapa kad kuning dan kad merah untuk pemain Brighton, Matthew Sparrow. Peminat bolasepak seramai 21,249 orang itu turut menyaksikan Brighton gagal untuk memanfaatkan beberapa peluang terbuka di depan pintu gol Nottingham Forest. Kehadiran 'The Seagulls' di sini juga ditemani oleh seramai 2,045 penyokong setia mereka.

Keputusan seri ini memberikan satu mata tambahan untuk Brighton menjadikan 62 mata keseluruhannya daripada 39 perlawanan dan menduduki tangga keempat liga. Southampton terus mendahului liga ini dengan mengutip 78 mata diikuti Reading yang mengumpul 73 mata dan West Ham United di tangga ketiga (69 mata). Di tangga kelima adalah pasukan Middlesbrough (61 mata) dan Blackpool City (60 mata).

Perlawanan seterusnya adalah menentang pasukan Middlesbrough di Stadium Amex pada hari Sabtu, 31 Mac 2012.

SENARAI PEMAIN

Nottingham Forest: (4-4-2) Lee Camp; Chris Gunter, Luke Chambers, Joel Lynch, Greg Cunningham (Lewis McGugan 89); Andy Reid, Adlene Guedioura, Garath McCleary (Ishmael Miller 82), Guy Moussi; Radoslaw Majewski (Marcus Tudgay 72), Dexter Blackstock. Pemain simpanan yang lain: Paul Smith (GK), Scott Wootton.

Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Gordon Greer, Adam El-Abd, Joe Mattock; Liam Bridcutt, Alan Navarro, Rodriguez Vicente (Abdul Razak 79); Kazenga LuaLua (Matt Sparrow 51), Ashley Barnes, Sam Vokes (Torbjorn Agdestein 90). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Adam El-Abd.

No comments:

Post a Comment