Tuesday 27 March 2012

Peringatan Buat Semua

*Dipetik daripada FB KTM Railwayfan Club.
 
Unit Komunikasi Korporat KTMB telah mendapat maklum balas dari beberapa kakitangan berkenaan foto-foto sekitar insiden kegelinciran tren (derailment) yang dimasukkan (upload) oleh kakitangan di blog atau laman-laman sosial seperti facebook, friendster, twitter dan sebagainya.

Kami memahami kadangkala kakitangan ingin berkongsi foto dengan rakan-rakan apatah lagi foto-foto yang sukar didapati secara umum seperti keadaan sekitar insiden kegelinciran tren. Namun suka untuk dikongsi di sini bahawa tidak semua foto berkaitan premis dan harta benda syarikat boleh disiarkan secara umum terutama foto-foto yang boleh mengundang implikasi negatif terhadap susur mata dan persepsi penontonnya.


Foto-foto seperti stesen dan stokereta di lapangan terbuka adalah sesuatu yang biasa dilihat dan dikongsi bersama peminat keretapi namun foto-foto insiden kegelinciran dan kemalangan hanya akan mengundang stigma curiga dan was-was terhadap tahap keselamatan perkhidmatan tren KTM Berhad. Foto-foto sebegini tidak seharusnya disiarkan kepada umum dan pengambilan foto hanyalah untuk tujuan rekod dan rujukan peringkat dalaman dan kementerian semata.


Oleh yang demikian, Unit ini serta kumpulan Pengurusan memohon jasa baik Tuan/Puan yang ada menyiarkan foto-foto kegelinciran tren seperti dinyatakan di atas di blog atau laman-laman sosial agar mengeluarkan foto-foto tersebut dengan kadar segera. Ini adalah bertujuan menjaga imej dan nama baik Syarikat serta menghindari pandangan sinis umum terhadap tahap keselamatan tren KTMB.


Kami sebolehnya berharap agar tindakan tata tertib dapat dielakkan dan untuk itu kami memohon jasa baik Tuan/Puan untuk memberi kerjasama untuk perkara di atas.


Terima kasih.

Nota:
====

Aku bersetuju benar dengan permintaan di atas kerana aku bimbang gambar-gambar kemalangan atau kegelinciran keretapi akan digunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk kebaikan mereka.

Agak sukar untuk mengawal atau menghalang orang ramai mendekati dan mengambil gambar di kawasan kegelinciran, tetapi orang ramai haruslah faham dengan keadaan. Kalau ada di antara kalian yang ngeri bila melihat gambar keretapi tergelincir dan mengambil keputusan untuk tidak mahu menaiki keretapi di masa akan datang, siapa yang rugi?

Sesungguhnya permintaan ini seharusnya ditujukan kepada semua termasuk kepada media massa kerana mereka juga sering melaporkan berita tentang kegelinciran keretapi.

Atau, pihak KTMB tak perlu menghebahkan kepada sesiapa tentang berlakunya kemalangan atau kegelinciran keretapi. Hebahan yang dibuat akan menarik perhatian orang ramai untuk pergi beramai-ramai ke tempat kejadian dan melihat dengan mata sendiri. 

Jika ada penumpang yang perlu dipindahkan, KTMB boleh beri alasan landasan rosak atau sebagainya yang difikirkan sesuai. 

No comments:

Post a Comment