Friday, 3 July 2009

Pemain Baru

Pada 25 Jun 2009 yang lalu, Pengurus pasukan Brighton & Hove Albion, Russell Slade telah mendapatkan dua orang pemain dari kelab Stockport County untuk memantapkan lagi barisan pemain pada musim ini.

Pemain yang dimaksudkan ialah Gary Dicker dan James Tunnicliffe.

Selain daripada itu, The Seagulls juga telah mendapatkan seorang penjaga gol dari kelab Motherwell. Beliau adalah Graeme Smith, yang juga pemain kebangsaan Scotland 'B'.
Grame Smith dengan jersi kelab barunya.

Turut bakal menyarung jersey Brighton and Hove Albion pada musim ini adalah pemain kebangsaan Wales, Andrew Crofts. Pemain tengah berusia 25 tahun itu telah menandatangani kontrak bermain untuk The Seagulls bagi tempoh dua tahun.

Jersi Musim 2009/10

Pasukan Brighton & Hove Albion masih mengekalkan set jersey seperti musim yang lalu.

Thursday, 2 July 2009

Sejenak Di Kuala Kangsar

Assalamualaikum......

entah apa sebab aku pun tak tahu, mengapa petang semalam aku beriya - iya sangat nak ke Kuala Kangsar. Cuaca tak lah berapa baik, cuma mendung sejak dari melalui Pekan Manong lagi.

Cantik sungguh rimbunan pokok bunga ni...
Papan peringatan di tepi sungai.....
Kerusi antik seperti ini jarang ditemui sekarang.....
Bot untuk menyeberang sungai ke tepian sebelah sana.....
Tempat santai yang menarik dan selesa.....
Deretan kedai makan dan kedai menjual cenderahati terletak tidak jauh daripada tempat meletak kenderaan......Sesungguhnya negara ini masih mempunyai banyak tempat - tempat menarik untuk dilawati. Marilah sahut seruan kerajaan untuk Cuti - Cuti Malaysia. Zooooooooom Malaysia.

Bersedekah Untuk Yang Memerlukan

Aku mendapat banyak pertanyaan, bagaimana untuk menyalurkan sumbangan buat Rumah Anak - Anak Yatim dan Miskin BAIT AL - AMIN.

Di bawah ini adalah alamat lengkap rumah tersebut:

Terima kasih tak terhingga aku ucapkan buat teman - teman yang sudi untuk menghulurkan sumbangan.

Saturday, 27 June 2009

Kursus PC Maintenance Tahap 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar? Kepada yang baru mengenali blog ini, Selamat Datang aku ucapkan.

Baiklah, aku teruskan lagi aktiviti menulis blog ni.

Pada 22 hingga 26 Jun 2009, aku telah menghadiri Kursus Penyelenggaraan PC Tahap 2 di Hotel Crystal, Sitiawan, Perak.
Kursus ini dikelolakan oleh Cosmopoint Learning Centre, Kuala Lumpur dengan En Zul Hasymi (Cosmopoint Cawangan Sungai Petani), sebagai pengajar.
Saudara Hanifah adalah orang kuat dalam pengajuran kursus ini. Thanks Bro.
CEO Cosmopoint Kuala Lumpur, Puan Norazlin (tengah), diapit Puan Geetha dan En Zul sewaktu majlis penutup.
Sebahagian penuntut kursus.
Hidangan istimewa untuk sarapan pagi yang disediakan oleh Chef Hotel Crystal, Sitiawan.
Saudara Nik sedang menjamu selera dengan teman-teman.
Bergambar kenangan sebelum pulang.
Apa - apa pun, kursus ini bukanlah sekadar untuk makan angin atau nak makan makanan yang sedap - sedap. Aku berharap agar semua peserta dapat memberi serba sedikit sumbangan bila balik ke tempat kerja nanti. Insyallah......

Wednesday, 24 June 2009

Satu Hari Minggu

Beberapa minggu yang lalu, aku dan keluarga berkesempatan untuk berkelah di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak.

Tapi tak sangka la pula, hari minggu ada pertunjukan kereta dan motor. Jom kita tengok ....

\

Signboard Part 6

Hello,
diam tak diam, kita sudah meninjau sepanjang landasan pantai timur bermula dari Gemas ke Tumpat dan Rantau Panjang. Kini kita akan meneroka jajaran bermula dari Gemas ke Singapura.

Stesen Gemas
Stesen Batu Anam
Stesen Segamat
Stesen Genuang
Stesen Tenang
Stesen Labis
Stesen Bekok
Perhentian Jagoh
Perhentian Beradin
Stesen Paloh
Stesen Chamek
Perhentian Niyor
Stesen Kluang
Stesen Mengkibol
Stesen Rengam
Stesen Layang-Layang
Stesen Sedenak
Stesen Kulai
Stesen Kempas Baru
Stesen Johor Bahru
(Ehsan daripada KTMRailwayFan.com)

Stesen Bukit Timah
(Ehsan daripada KTMRailwayFan.com)

Stesen Singapura
(Ehsan daripada http://www.keretapi.com/)
Terdapat beberapa buah stesen dan perhentian yang aku tak punya gambar signboardnya seperti KIK Woodlands, Perhentian Danga City Mall, Stesen Lenek (telah ditutup) dan Perhentian Batang Ridan (juga telah ditutup).
Kepada sesiapa yang ada menyimpan lain-lain signboard stesen keretapi di kawasan selatan, harap dapat kongsi bersama.