Wednesday, 4 July 2012

Mini Karnival Pemakanan Sihat Parlimen Setiawangsa

Bertempat di Taman Kejiranan Ayer Panas, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada hari Sabtu (30 Jun 2012) dan Ahad (1 Julai 2012) yang baru lalu, telah diadakan Mini Karnival Pemakanan Sihat Parlimen Setiawangsa.

Ahli Parlimen Setiawangsa, YB Datuk Seri Zulhasnan Rafique telah sudi untuk merasmikan karnival ini yang mengandungi pelbagai aktiviti khusus untuk anak-anak berusia 4 tahun tahun sehinggalah kepada warga emas.
 
 YB Datuk Seri Zulhasnan Rafique, selaku Ahli Parlimen Setiawangsa sedang memberikan ucapan sewaktu upacara pembukaan karnival

YB sedang melawat salah sebuah gerai agensi kerajaan yang mengambil bahagian

 Tertarik dengan hasil tangan oleh kaum ibu warga KEMAS

Gerai kesihatan 

 Pasukan Bomba Dan Penyelamat

 Kanak-kanak dari Tabika Kemas Pangsapuri ATM begitu bersemangat sekali menanti giliran untuk bersukan

Ini adalah aktiviti Berjalan 1000 Langkah yang diadakan sebelum ketibaan YB. Ramai yang turut serta dalam aktiviti ini

 Acara Tarian Poco-Poco ini juga diadakan sebelum ketibaan YB, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para hadirin

 Aktiviti senamrobik ini hanya disertai oleh para guru-guru tadika/tabika

Cuaca pagi yang tidak berapa panas membuatkan ada para peserta tidak sedar aktiviti dah selesai

 Ini bukan Gerai SPR! Yang beratur ramai-ramai tu adalah ibu bapa yang mendaftar nama anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan mewarna

 Anak-anak taska sedang bertanding dalam acara memancing buah-buahan

Ini pula acara pecah belon

 Pertandingan menarik bola dengan gelung rotan untuk anak-anak tadika

 Sebahagian peserta Pertandingan Mewarna Keluarga Bahagia sedang bersiap sedia

 Seorang peserta sedang mewarna lukisan beliau

Kebolehan anak ini untuk mewarna bersama ibunya tidak boleh dipertikaikan

 Ceramah Pemakanan Sihat

 Antara gerai yang ada sepanjang karnival diadakan
 
 

Pertandingan Gubahan Bunga Hidup
 

Pameran Pemakanan Sihat
 

Pertandingan Mengukir Buah Betik
 
 
 

Pameran kraftangan yang menarik minat ramai kaum ibu
 
 

Pertandingan sukaneka yang disertai oleh para guru-guru dan ibu bapa anak-anak tabika

Pertandingan futsal untuk remaja

Ceramah Keluarga Bahagia

Persembahan Tarian Tradisional

Pertandingan Pakaian Beragam
 

Khemah yang ada tidak dapat menampung kehadiran orang ramai

Keputusan Pertandingan Mewarna

Acara penyampaian hadiah kepada mereka yang berjaya
Selain daripada aktiviti di atas, ada lagi acara lain seperti memasak, pemeriksaan kesihatan warga emas dan tunjuk cara memadam api oleh pihak BOMBA juga telah diadakan.

Sepanjang dua hari program diadakan, sambutan daripada orang ramai amatlah menggalakkan. Cuma kecelaruan tentang acara yang dilangsungkan sedikit sebanyak telah mencacatkan karnival ini.

Menziarahi Pusara Bonda

Pada hari Selasa (04 Julai 2012) aku dan keluarga bersama kakak aku telah meluangkan masa untuk menziarahi pusara bonda tercinta yang terletak di Kawasan Perkuburan Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

 
Moga roh bonda ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman..Amin

Nisfu Sya'aban

Jualan Tiket Keretapi Sempena Hari Raya Aidilfitri

Untuk pengetahuan kalian, pihak KTMB telah mula menjual tiket-tiket bagi perkhidmatan tren KTM Antarabandar sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. 

Berikut adalah tarikh perjalanan serta tarikh jualan tiket. Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar.

Harapan aku agar kalian cepat-cepat dapatkan tiket perjalanan keretapi ini sebelum ianya kehabisan. Lazimnya para penumpang keretapi akan menunggu hingga ke saat akhir untuk membeli tiket ataupun setelah tiket bas telah habis dijual. Rancanglah percutian kalian agar sambutan Hari Lebaran akan datang menjadi lebih bermakna. 

Perlu diingatkan juga bahawa tiket keretapi dijual kepada semua pelanggan KTMB Antarabandar bukan hanya kepada orang Islam sahaja. Kaum-kaum yang lain juga akan mengambil kesempatan cuti sekolah yang panjang untuk bersama keluarga menaiki keretapi menuju ke destinasi masing-masing.

Sokonglah Cuti-Cuti 1Malaysia.


Penutupan Stesen Parit Buntar

Adalah dimaklumkan bahawa Stesen KTMB di Parit Buntar akan ditutup mulai 28 Jun 2012 (Khamis). Penutupan ini bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik dari Ipoh ke Padang Besar yang dilaksanakan Kontraktor MMC-Gamuda Joint Venture di kawasan tersebut.

Kaunter Tiket di Stesen KTMB Parit Buntar akan beroperasi hanya dari jam 1430 – 0030.

Sebarang kesulitan adalah amat dikesali. Untuk sebarang pertanyaan, aduan ataupun cadangan, sila hubungi talian hotline (24 jam) MMC-Gamuda Joint Venture di:-
 
1-300-80-1999