Saturday, 18 July 2009

Perlawanan Pra-Musim 1

Brighton & Hove Albion memulakan perlawanan pra-musim di Westleigh Park menentang pasukan Havant & Waterlooville pada 14 Julai yang lalu.

Mark Wright memulakan jaringan di minit ke-15 diikuti dengan jaringan oleh Craig Davies di minit-minit akhir separuh masa pertama.

Keputusan Akhir: Havant & Waterlooville 0 Brighton & Hove Albion 2.

Secara keseluruhannya perlawanan ini amat sesuai dijadikan perlawanan pertama sebelum bermulanya musim 2009/10. 22 orang pemain dari skuad utama telah turun bermain dengan setiap pemain dapat beraksi selama 45 minit. Selain daripada itu, pasukan Havant & Waterlooville juga bermain hebat dan memberikan saingan sepanjang perlawanan. Mereka telah memberikan satu ujian yang amat berguna bagi pasukan Brighton & Hove Albion.
Aksi El-Abd sewaktu perlawanan.

Pemain yang telah diturunkan pada separuh masa pertama: (4-4-2) Smith; Whing, Virgo (capt), Elphick, Lynch; Cox, Croft, Spiller, Wright; Murray, Davies.

Pemain di separuh masa kedua: (4-4-2) Kuipers; Cook, Hawkins, Tunnicliffe, McLeod; Ide, El-Abd, Dicker, Brinkhurst; Hart, Ricketts.

Friday, 17 July 2009

Menderma Untuk Bait-Al-Amin

Semalam aku meluangkan sedikit masa untuk ke Rumah Anak-Anak Yatim / Miskin di Parit. Dah lama benar aku tak berkunjung ke sana. Sewaktu tiba, aku sedikit terkejut dengan perubahan yang berlaku terhadap blok yang menempatkan anak - anak perempuan. Rupa-rupanya pihak pengurusan telah mendapatkan sedikit dana untuk membina satu blok baru dua tingkat untuk dijadikan aspuri (asrama putri).
Kepada yang ingin menderma, bolehlah lihat gambar di bawah ini.

Wednesday, 8 July 2009

Signboard Part 9

Dah lama benar aku tak mengemaskini ruangan signboard ini. Hari ini kita sambung lagi perjalanan kita dari Perhentian Angkasapuri ke Stesen Klang.
Bermula dari Simpang Pelabuhan Klang, dahulu terdapat sebuah perhentian yang dikenali dengan Perhentian Taman Ghazalie Shafie. Tetapi sewaktu Projek Landasan Berkembar Lembah Klang ini dilaksanakan, perhentian ini telah tercicir dari senarai. Samalah ceritanya dengan apa yang terjadi dengan Stesen Malim Nawar di Perak tu.

Perhentian Angkasapuri

Perhentian Pantai Dalam

Stesen Petaling

Perhentian Jalan Templer

Perhentian Kampung Dato' Harun. Sebelum ini perhentian ini dikenali dengan nama Perhentian MAHA Lama.

Stesen Setia Jaya

Stesen Subang Jaya

Stesen Batu Tiga

Stesen Shah Alam

Stesen Padang Jawa

Perhentian Bukit Badak. Sewaktu projek pembinaan landasan berkembar diluluskan, nama yang diberi adalah Perhentian Jambatan Connought. Entah bila bertukar pula, tidaklah aku ketahui.

Stesen Klang.
Jumpa lagi pada siri akan datang........

Sunday, 5 July 2009

Signboard Part 8

Kita teruskan lagi siri signboard ini dengan melihat apa signboard yang ada antara Perhentian Teluk Pulai dan Stesen Pelabuhan Klang.

Perhentian Teluk Pulai Teluk Gadong Perhentian Kampung Raja Uda Stesen Jalan Kastam Kabin pelabuhan Klang SelatanStesen Pelabuhan Klang

Saturday, 4 July 2009

Tahukah Anda?


Perdana Menteri Lancar Perkhidmatan Keretapi Mewah

Perkhidmatan keretapi mewah Eastern & Oriental Express (E & O) menghubungkan Singapura - Kuala Lumpur - Bangkok telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam satu suasana yang gemilang di Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada 29 September 1993.

Perkhidmatan E & O Express ini mempunyai 22 koc dan mampu menampung seramai 130 orang penumpang. Jarak perjalanan dari Singapura ke Bangkok adalah 1,943 kilometer memakan masa selama tiga hari dua malam. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh 40 orang kakitangan dari kalangan rakyat Malaysia, Singapura, Thailand dan Eropah.


http://www.ktmrailwayfan.com/pics/data/media/429/P3090009-2.jpg

Alahai... dapat jersey baru la pulak....

Baru beberapa detik yang lalu aku dimaklumkan bahawa terdapat sebuah syarikat yang telah menaja jersey baru untuk pasukan Brighton & Hove Albion musim ini.
Designer: Errea
Sponsor: IT First
Tapi, aku tak berapa setuju tatkala bertandang ke tempat lawan, kena pakai jersey warna merah. Bukankah selalunya kalau bermain di tempat lawan, Brighton & Hove Albion akan pakai jersey warna putih atau kuning?
Jersey yang digunakan dalam musim 2008/09 yang lalu

Perubahan Jadual Perlawanan

Beberapa perlawanan Liga Bahagian Satu yang melibatkan pasukan Brighton & Hove Albion telah mengalami perubahan.

Bermula dengan pertemuan dengan Millwall di New Den. Perlawanan yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu, 29 Ogos 2009 jam 3 petang, telah diawalkan. Perlawanan ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 28 Ogos 2009 jam 7.45 malam. Perubahan ini atas permintaan pihak Polis Metropolitan.

Ini diikuti dengan perlawanan di tempat sendiri menentang Gillingham. Perlawanan yang dijadualkan pada 29 September 2009 dipinda ke hari Selasa, 13 Oktober 2009, jam 7.45 malam. Ini berikutan dengan Persidangan Parti Buruh yang akan diadakan di Brighton & Hove bermula pada 27 September 2009.

Lain - lain perubahan akan aku maklumkan kemudian.