(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Sunday, 27 December 2009
Lintasan Rata Kamunting
Brighton..0 Leyton Orient..0
Pengurus Brighton Gus Poyet membuat dua pertukaran pada kesebelasan utama yang tewas kepada Swindon Town minggu lepas. Liam Dickinson kembali menguatkan barisan penyerang menggantikan Glenn Murray yang duduk di bangku pemain simpanan. Gavin Hoyte mengambil tempat di pertahanan kanan dengan El-Abd dipindahkan ke pertahanan kiri.
Sementara itu, Jimmy McNulty diturunkan sebagai pemain tengah di sebelah kiri, mengambil tempat Gary Dicker yang digantung satu perlawanan, dan Andrew Whing diletakan sebagai pemain pertahanan simpanan.
Seramai 6,690 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang kurang menarik ini.
Albion: (4-4-2) Brezovan; Hoyte, Tunnicliffe, Elphick, El-Abd (Murray 61); Bennett, Crofts, Navarro (Cox 61), McNulty; Dickinson, Forster (Hart 71). Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), Whing, Virgo, Davies.
Monday, 21 December 2009
Tren Senandung Malam
29 November 1971 adalah tarikh pelancaran perkhidmatan keretapi campur ke Selatan dan Utara tanahair. Perkhidmatan itu adalah untuk membawa penumpang dan barang-barang di waktu malam.
Pada 7 Mac 1975, perkhidmatan itu ditukar menjadi perkhidmatan penumpang biasa dan pada 7 Januari 1976, perkhidmatan yang sama ditukar pula menjadi
perkhidmatan ekspres guna menampung keperluan ramai masa itu.
Ekspres Rakyat bermula pada 16 November 1976 demi memenuhi selera rakyat untuk membuat perjalanan cepat pada siang hari. Dengan adanya perkhidmatan Ekspres Rakyat, perkhidmatan ekspres malam tadi dijadikan perkhidmatan
keretapi malam biasa, 'Southern Cross' dan 'North Star' ialah nama perkhidmatan keretapi ke Selatan dan Utara.
Kalau hendak dikira secara terperinci, memang tidak padan lagi nama-nama tersebut dikekalkan sedangkan kita sudah pun merdeka lebih suku abad. Sering juga kita terbaca akan nama-nama tersebut sebagai Bintang Selatan dan Bintang Utara tapi nama-nama itu adalah terjemahan semata.
Ada pendapat menyatakan bahawa nama mel malam lebih sesuai memandangkan perkhidmatan keretapi tersebut bukanlah perkhidmatan ekspres. Memang tepat sekali. Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu tidak menukarkan nama tadi.
Keretapi mel malam kekal dengan nama asalnya. Agaknya yang menjadi waham cumalah pendapat sahaja. Sebenamya mel malam bertolak daripada Stesen Kuala Lumpur ke Selatan dan Utara pada pukul 2035 sedangkan Senandong Malam
Selatan dan Utara bertolak pada pukul 2200.
Setiap yang baharu memang sukar diterima begitu sahaja sebab ada pula yang tersalah anggapan dan tidak kurang pula yang perasan sahaja. Namun demikian, perkara seperti ini tidak sunyi dari menyelubungi kami. Pada hemat saya, teguran
tentang nama perkhidmatan kami adalah satu petanda yang baik sebab masih banyak lagi kalangan rakyat Malaysia yang memandang berat akan perkembangan yang ada pada Keretapi Tanah Melayu.
Dahulunya perkhidmatan Senandong Malam tidak diketahui umum tetapi kini ianya telah menjadi 'buah mulut' orang.
Senandong Malam Selatan dan Utara adalah perkhidmatan keretapi kelas satu dan dua. Perkhidmatan ini menyediakan tempat tidur yang sederhana bilangannya kepada para penumpang. Sepadan dengan perkhidmatan yang diberi, Senandong Malam akan membuai para penumpang dari Kuala Lumpur ke destinasi masing-masing.
(Dipetik dari Majalah Keretapi, maaf tak ingat tarikh)
Swindon Town..2 Brighton..1
Gol Brighton adalah hasil jaringan Nicky Forster pada minit yang ke-38, yang juga gol peribadinya yang ke-12 musim ini.Albion: (4-4-2) Brezovan; El-Abd, Tunnicliffe (Dickinson 67), Elphick, McNulty; Bennett, Crofts, Dicker, Navarro (Cox 67); Forster, Murray (Davies 84). Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), Hart, Virgo, Hoyte.
Wednesday, 16 December 2009
Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah
Maal Hijrah 1431H

Majlis Bacaan Yaa Sin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ma'al Hijrah 1431H Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada :
Tarikh / Hari : 17 Disember 2009 (Khamis)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.
Antara acara yang akan berlansung ialah :
Siaran Lansung Forum Khas Ma'al Hijrah bertajuk "Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah". Ahli panel terdiri daripada :
1. Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah - KUIS
2. Ustaz Mohd Badlishah Alauddin - Majlis Agama Islam, Pahang
3. Dr. Rihuan Tee Abdullah - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. (Pengerusi)
Bacaan Doa Akhir Tahun 1430H dan Doa Awal Tahun 1431H.
Bacaan Yaa Sin dan Doa Selamat.
Saturday, 12 December 2009
Qunut Nazilah
Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.
Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.
Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Maksudnya: Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu Baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.3. Lafaz doa qunut nazilah adalah seperti berikut:
Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

