Mulai 1 November 2011 , tiket-tiket perkhidmatan Tren Antarabandar akan dijual di Kaunter Tiket ETS, Stesen Kuala Lumpur.
Diharap dengan adanya penjualan tiket di stesen tersebut, akan memudahkan lagi warga kota untuk mendapatkan tiket keretapi kerana sebelum ini mereka terpaksa mendapatkan tiket di Stesen Sentral Kuala Lumpur, Plaza Sungai Wang atau mana - mana stesen yang berdekat.
Tapi sebenarnya aku tak berapa setuju kiranya tiket untuk Tren Antarabandar dijual di Kaunter ETS tu. Aku bimbang akan ada penumpang yang terkeliru semasa menaiki keretapi. Kalau boleh biarlah tiket Tren Antarabandar dijual di kaunter berasingan macam yang diamalkan sekarang. Lagi cantik jika pihak KTMB mengadakan Kaunter Antarabandarnya sendiri kerana selain daripada membeli tiket, adakalanya penumpang perlukan beberapa maklumat terkini.
Kalian jangan lupa bahawa Stesen Keretapi Kuala Lumpur tu sering menjadi tarikan pelancong. Jadi mungkin ada pelancong yang nak merasa naik keretapi di Semenanjung Malaysia, jadi bolehlah mereka merujuk terus ke Kaunter Antarabandar yang disediakan.
Tak tahulah aku apa dah jadi dengan pasukan Brighton sekarang. Sejak akhir-akhirnya ini kalah aje. Dalam lapan perlawanan terakhir, tak ada satu kemenangan pun dicatat. Yang terbaru pada malam Selasa lepas (1 November 2011) di Vicarage Road, Brighton tewas 0 - 1 kepada pasukan tuan rumah, Watford.
Gol tunggal perlawanan adalah jaringan Troy Deeney pada minit ke 76.
Gus Poyet cuma membuat satu perubahan pemain dari senarai yang seri 0 - 0 ketika menentang Birmingham City pada hari satu lepas, dengan memberikan peluang kepada Billy Paynter untuk membuat penampilan pertama. Ashley Barnes pula tersenarai sebagai pemain simpanan.
Buat kali kedua berturut-turut, pemain Brighton mengalami kecederaan sewaktu melakukan pemanas badan. Kali ini pemain pertahanan kanan Gonzalo Jara Reyes pula yang tercedera memaksa Poyet menyusun semula kebelasan utama. Romain Vincelot diletakkan ke bahagian kanan pertahanan manakala Ryan Harley mengemudi bahagian tengah padang. Alan Navarro yang pada mulanya tidak tersenarai langsung, dinamakan sebagai pemain simpanan.
Perlawanan yang banyak dikuasai oleh pasukan Watford ini ditonton oleh seramai 11,818 orang peminat dengan 1,581 daripadanya adalah penyokong pasukan Brighton.
Dengan kekalahan ini, kedudukan pasukan Brighton dalam carat Liga Kejuaraan semakin jatuh. Kini Brighton menghuni tangga 12 dengan mengumpul 20 mata daripada 15 perlawanan. Southampton masih di depan dengan 33 mata, diikuti West Ham United (28 mata), Middlesbrough (27 mata) dan Crystal Palace (25 mata).
Perlawanan seterusnya adalah menentang Barnsley di Stadium Amex pada hari Ahad, 6 November 2011.
SENARAI PEMAIN
Watford: (4-4-2) Lynch; Hodson, Mariappa, Nosworthy, Dickinson; Yeates (Kightly 61), Hogg, Buaben, Forsyth (Deeney 75); Iwelumo, Sordell. Pemain simpanan yang lain: Gilmartin (GK), Mirfin, Jenkins.
Albion: (4-3-3) Harper; Vincelot, Greer, Calderon, Painter; Bridcutt (Taricco 29), Sparrow (LuaLua 82), Harley (Barnes 71); Noone, Paynter, Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Ankergren (GK), Navarro.
pilunya hati ku
menerima khabar nan jauh
tak ku sangka sungguh terharu
ibarat kaca jatuh ke batu
penuhnya harapan
kasih murni nan kau berikan
namun kini hanya impian
tak tercipta hanya bayangan
ingin di hatiku
hidup di sampingmu
sayang kau ubah laku
daku hanya tertipu
hilangnya dikau
tak mungkin ku cari ganti
kata-kata ku sungguh setia
mengenang teguh pada janji