(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Tuesday, 8 May 2012
Sunday, 6 May 2012
Sembilan Jenis Sihir Yang Perlu Diketahui.
Inilah sembilan jenis sihir yang perlu kita ketahui. Peringatan - Jangan sesekali mengkhianati sesama manusia.....
1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.
2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.
5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.
6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.
9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.
Dipetik daripada http://sedakasejahtera.blogspot.com/
Terima kasih bro....
Saturday, 5 May 2012
Tak Kuasa Aku.......
Menaiki keretapi memang menyeronokkan. Tambah seronok
jika kita naik keretapi bersama keluarga atau kawan-kawan. Tetapi seronokkah
perjalanan kita apabila menaiki keretapi yang sesak?
Inilah yang terjadi pada aku pada trip minggu sudah (hari
Ahad, 29 April 2012). Aku berhasrat untuk melihat perkembangan di sepanjang
laluan dari Padang Besar ke Butterworth. Oleh kerana tiada perkhidmatan tren
penumpang lain di waktu siang, mahu tak mahu aku terpaksa menaiki Tren No. 35 Ekspres
Antarabangsa dari Bangkok ke Butterworth.
Mengikut jadual, tren akan berlepas pada jam 10 pagi dari
Stesen Padang Besar dan tiba di Stesen Butterworth pada 1.35 tengahari. Tetapi
pagi tu tren dari Bangkok mengalami kelewatan dan tiba di Padang Besar sekitar
jam 11 pagi. Dah lah tren lewat tiba di Stesen Padang Besar, penumpang yang nak
ke Butterworth juga ramai.
Dua koc yang disediakan untuk satu perjalanan sejauh
170km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam, memang tidak mencukupi terutama
pada cuti hujung minggu atau pada hari cuti yang lain. Mujur aku dapat tempat
untuk berdiri di bahagian belakang sebuah koc.
Aku dapat perhatikan bahawa semasa di Padang Besar lagi
ada penumpang yang terpaksa berdiri kerana ketiadaan tempat duduk. Tambah malang
bila tren tiba di Stesen Arau. Lebih ramai penumpang yang berupa rombongan dari
sebuah sekolah rendah menaiki tren. Adakah keadaan ini seperti memberi keselesaan kepada penumpang yang lain terutamanya kepada pelancong asing?
Yang menjadi mangsa adalah penyelia tren yang tidak
selesa ketika menjalankan tugasnya. Sebagai menghormati pelanggan, beliau telah
sudi untuk memberikan tempat duduknya kepada beberapa orang pelajar sekolah
yang masih kecil.
Mujur juga rombongan tersebut mengambil keputusan untuk turun
di Stesen Alor Star.
Memandangkan kepada keadaan seperti ini sering berlaku,
aku ingin mencadangkan kepada mereka – mereka yang berkenaan agar menambah koc
bagi tren ini. Aku tak fikir Depoh Koc Padang Besar kekurangan koc kerana pada
waktu itu jajaran Tren Senandung Langkawi dari Kuala Lumpur sudah pun berada di kawasan depot dan
menunggu untuk dibersihkan bagi digunakan semula pada sebelah petang untuk
perjalanan balik ke Kuala Lumpur.
Dua koc SRT dan dua koc KTM sudah cukup untuk menjadikan
satu jajaran empat koc yang mampu menampung kehendak pelanggan. Pada trip yang
lepas, aku terpaksa berhimpit-himpit dengan pelajar dari UiTM Arau dan
penumpang yang lain pada hari Sabtu dan Ahad. Malah pada waktu cuti sekolah
pun, aku terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang yang ingin merasaikan keseronokan
menaiki keretapi bersama kelaurga dan rakan-rakan. Aku ada bersembang dengan beberapa orang penumpang pada waktu
itu yang mana mereka menaiki keretapi pada hari Jumaat atau
Sabtu ke Butterworth seterusnya bermalam di Pulau Pinang untuk melancong dan
kembali menaiki keretapi pada hari Ahad untuk pulang ke rumah masing-masing.
Tidakkah ini akan menguntungkan KTMB?
Pada pengetahuan aku, terdapat sebuah koc ASC yang telah dibaikpulih
dan pernah digunakan sebagai sebahagian jajaran kepada Tren Antarabangsa ini. Ke mana hilangnya koc tersebut?
Aku sekadar mencadangkan perkara ini diambil perhatian
serius oleh pengurusan KTMB. Orang ramai dah mula mengalih mod pengangkutan
mereka kepada perkhidmatan keretapi. Jadi apalah salahnya jika jajaran Tren
Antarabangsa ini dipanjangkan menjadi empat koc atau diwujudkan semula
perkhidmatan tren tempatan seperti dulu bagi memenuhi kehendak dan keperluan
penduduk di sepanjang laluan Bukit Mertajam ke Padang Besar.
Jika pihak
pengurusan berfikiran adalah tidak perlu diwujudkan perkhidmatan tren tempatan,
maka pada aku adalah lebih baik tidak perlu diwujudkan stesen atau perhentian dalam
Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh – Padang Besar.
Adakah pihak pengurusan KTMB tidak pernah turun padang untuk melihat keadaan seperti ini? Adakalanya basikal yang digunakan oleh pelancong asing pun terpaksa diletakkan dalam koc penumpang seperti gambar di bawah.
Bukan semua pengguna keretapi terutamanya pelajar (terutamanya
student UiTM Arau dan IPTA/IPTS lainnya) mempunyai kenderaan. Begitu juga
dengan pengguna lain atau warga emas mampu untuk memandu sendirian di
jalanraya. Bantulah sama industri pelancongan di negara ini dengan meningkatkan
lagi perkhidmatan keretapi di wilayah utara Semenanjung Malaysia.
Pemain Terbaik Brighton Musim 2011/12
Liam Bridcutt telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Brighton & Hove Albion Musim 2011/12, selepas mendapat 36% undian. Ini diikuti oleh ketua pasukan, Gordon Greer yang mendapat 26% undi, dengan Will Buckley menduduki tangga ketiga selepas mendapat 12% undia
Secara keseluruhan, para penyokong pasukan Brighton telah memberikan undian mereka kepada 15 orang pemain yang telah bekerja keras sepanjang musim di bawah pengurusan Gus Poyet.
Bridcutt berkata, "Dinamakan sebagai 'Player of the Season' adalah sesuatu yang menakjubkan, terutama sekali apabila melihat prestasi pemain-pemain lain juga berada pada tahap dan kualiti yang tinggi."

Naik Keretapi (Bahagian 3)
Dalam Bahagian Tiga ini kalian akan ditontonkan pula dengan gambar - gambar yang diambil di sepanjang laluan dari Sungai Petani terus ke stesen akhir iaitu Butterworth.
STESEN FREIGHT SUNGAI PETANI
STESEN SUNGAI PETANI
STESEN PINANG TUNGGAL
STESEN TASEK GELUGOR
YAD JARAK
STESEN PENANTI
STESEN BUKIT MERTAJAM
STESEN BUKIT TENGAH
YAD PERAI
BUTTERWORTH
Sekian untuk kali ini, ada masa kita jumpa pada trip yang lain pula.....
Naik Keretapi (Bahagian 2)
Pada bahagian kedua ini, aku paparkan pula sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat aku ambil di sepanjang laluan dari Anak Bukit ke Gurun pula.
STESEN ANAK BUKIT
STESEN ALOR SETAR
STESEN TOKAI
STESEN KOBAH
STESEN JUNUN
Subscribe to:
Posts (Atom)