TERKENANG
(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Friday, 3 March 2023
Terkenang
Brighton Ke Suku AKhir Piala FA England
Pasukan Brighton & Hove Albion berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA England tahun ini. Dalam Puisngan Kelima, Brighton telah menang 1-0 ke atas Stoke City dan diundi untuk menentang Grimsby Town, sebuah pasukan daripada Liga 2 (dahulu Divisyen 4).
Perlawanan ini dijadualkan berlangsung di Stadium Falmer pada 18 Mac 2023.
Lain-lain perlawanan peringkat suku akhir ini adalah:
Manchester City lwn Burnley
Manchester United lwn Fulham
Sheffield United lwn Blackburn Rovers
Semoga pasukan Brighton & Hove Albion menang dan mara ke peringkat separuh akhir.
Kerinduan
Kerinduan
Aku merasai suasana hening pagi di situ... Kampung Tanggol, Marang, Terengganu.
Sunday, 19 February 2023
Menunggu Kasih
Tuesday, 14 February 2023
Thursday, 2 February 2023
Peta Keretapi Tahun 1959
Untuk dikongsi bersama Map of The Malayan Railway 1959. Gunakan secara berhemah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan bukan untuk mencari keuntungan mudah.
Di Pinggiran
Di Pinggiran
Di pinggiran air terjun
Bawah pohon rimbun
Lagu dan pantun ku susun
Mengenangkan peristiwa
Yang meracun jiwa
Kerna
Tuan hamba tak bersua
Andai kata
Ada sayap seperti burung
Ku terbang padamu
Akan tapi
Hasratku tiada berdaya
Kau hilang ke mana
Di pinggiran
Ku merintih
Hati tambah pedih
Bila kan pulih khayal kasih...

