Thursday 17 September 2009

Turntable

Di dalam perkhidmatan keretapi, terdapat sebuah jentera yang digunakan untuk memusing lokomotif atau gerabak keretapi. Jentera ini dikenali sebagai 'Turntable' oleh seluruh warga keretapi di dunia ini.

Turntable di Singapura
Jentera ini boleh dikendali sama dengan cara manual - iaitu dengan menolak atau memusingkan jentera ini ke arah yang dikehendaki; ataupun dengan menggunakan kuasa motor alat penggerak.

Turntable di Kluang
Di dalam Jajaran KTMB, Turntable digunakan untuk memusingkan lokomotif yang mempunyai satu suang pemandu (cab) seperti contoh lokomotif dari Kelas 25 ataupun Kelas YDM4. Ada kalanya, Turntable ini digunakan untuk memusingkan gerabak bagi tujuan senggaraan.

Turntable di Gemas
Suatu ketika dahulu, terdapat banyak Turntable di sepanjang laluan keretapi. Antaranya terdapat di Perai (diameter ukur 60 kaki dan 40 kaki), Taiping - 60 kaki, Ipoh - 55 kaki, Tapah Road - 30 kaki, Tanjong Malim - 30 kaki, Kuala Lumpur - 55 kaki (manual) dan 60 kaki (digerakkan mengguna kuasa elektrik), Seremban - 60 kaki, Gemas - 60 kaki, Kluang - 55 kaki, Johor Bahru - 55 kaki, Singapura - 60 kaki, Alor Setar - 56 kaki, Padang Besar - 56 kaki, Falim - 60 kaki, Pelabuhan Klang - 55 kaki dan 14 kaki 6 inci, Port Dickson - 14 kaki 8 inci, Kuala Krau - 55 kaki, Krai - 60 kaki, Tumpat - 56 kaki, Waf Teluk Intan dan Kuala Lipis.

Turntable di Tapah Road
Walau bagaimanapun, Turntable yang masih digunakan lagi pada hari ini boleh dilihat di Depot Falim, Bangsal Loko Perai dan Depot Loko Tumpat.

Turntable Perai
Anda tahu di mana lagi terdapat Turntable yang masih beroperasi dalam Jajaran KTMB?

No comments:

Post a Comment