Thursday, 4 February 2010

Memasak Kupang di Kampung Senibong

Pada hari Khamis (28 Januari 2010) yang lepas, aku berkunjung ke Kampung Senibong, Plentong, Johor untuk menziarahi Pak Rahman dan keluarga.

Dah lama benar aku tak jenguk ke rumah mereka lantaran aku agak sibuk dengan tugas seharian.

Kehadiran aku kali ini tepat pada masa Pak Rahman menuai hasil kupang laut.

Bot kecil ini diperlukan untuk sampai di tempat penternakan kupang laut.
Perjalanan dari rumah ke kawasan penternakan kupang laut hanya mengambil masa sepuluh minit.
Pemandangan indah
Tong - tong yang diguna untuk menternak kupang laut.
Deretan tong - tong disusun rapi agar kupang - kupang dapat membesar dengan sempurna.
Selepas diambil dari tempat penternakan, kupang akan direbus untuk mendapatkan isinya.
Sedikit air dimasukkan ke dalam periuk.
Kemudian, kupang dicedok masuk ke dalam periuk.
Kupang mentah
Kupang sedang direbus dengan menggunakan apa yang sederhana panasnya.
Apabila air rebus mendidih, kupang pun masak.
Buka tudung periuk.
Kupang ditoskan airnya dalam bekas / bakul.
Ini kupang betina yang telah direbus.
Manakala ini pula kupang jantan.
Perbezaan antara kupang jantan dengan kupang betina.
Ini pula adalah perbezaan antara kupang dewasa (besar) dengan anak kupang (kecil). Kupang yang kecil itu sedap digoreng bercili dan kupang dewasa pula sedap dibuat sambal, rendang dan macam - macam lagi.
Demikianlah secara ringkat proses merebus kupang sebelum dijual. Selepas ditanggalkan dari kulitnya, kupang - kupang ini akan dibersihkan sebelum dimasukkan ke dalam plastik untuk pasaran. Harga borong sekilo kupang yang telah direbus adalah RM 5.50 aje.

4 comments:

  1. Assalamwbt, saudara, terimakaseh untuk info saudara ya. Suka lihat pemandanan laut dan mega tu, cantik. Saudara ambil gambar sendiri ke?

    ReplyDelete
  2. Salam.. gambar tu saya ambil sendiri guna... baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi... kekadang jadi... tapi selalunya tak jadi... he he he....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan. Saya Zakiah Anim student UTM Skudai. Kami ada kursus dimana kami perlu menemu ramah pengusaha2 bisnes melayu di sekitar kawasan Johor/Johor Bharu. Boleh saya dapatkan nombor telefon penternak kupang ni tak ? Kerana kami berminat nak tahu secara terperinci dari mana dan bagaimana kupang di ternak.

    Jadi Boleh saya dapatkan nombor telefon penternak kupang ini tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerjasama tuan sangatlah dihargai. Terima kasih

      Delete