Sunday, 25 April 2010

Brighton..2 Bristol Rovers..1

Gol menerusi sepakan penalti oleh Elliott Bennett pada masa kecederaan separuh masa kedua telah memberikan satu lagi kemenangan buat pasukan Brighton dalam perlawanan sengit menentang pasukan Bristol Rovers di Stadium Withdean, malam tadi.

Satu lagi gol pasukan Brighton adalah jaringan Ashley Barnes pada minit ke-17 separuh masa pertama.

Brighton memulakan perlawanan dengan Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadap pasukan yang menang 1-0 di Southend hari Sabtu lepas.

Chris Holroyd dipilih untuk menguatkan bahagian hadapan dan berpasangan dengan Ashley Barnes. Gavin Hoyte pula menggantikan Inigo Calderson yang tercedera dan Alan Navarro mengambil tempat Diego Arismendi, yang terpaksa memanaskan bangku pemain simpanan. Steve Cook juga tersenarai sebagai pemain simpanan.

Seramain 6,922 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang menarik ini.

Tiga mata berharga dari kemenangan ini membawa pasukan Brighton menduduki tangga ke-13 liga dengan mengumpulkan 55 mata daripada 44 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah pada 1 Mei 2010 menentang pasukan MK Dons di Stadium MK, Denbigh, Buckinghamshire.

Albion: (4-4-2) Brezovan; Hoyte, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro (Arismendi 90+2), Hendrie (Dicker 74) Holroyd (Murray 61), Barnes. Pemain simpanan yang lain Walker (GK), Virgo, Carole, Cook.

No comments:

Post a Comment