Sunday, 2 May 2010

MK Dons..0 Brighton..0

Perlawanan menentang pasukan MK Dons di Stadium MK malam ini berakhir dengan keputusan seri 0 - 0.

Banyak peluang yang tercipta buat kedua - dua pasukan tetapi tidak menepati sasaran.

Gus Poyet melakukan tiga perubahan pada kesebelasan utama termasuk memberi peluang kepada pemain berusia 18 tahun, Lewis Dunk (gambar bawah) membuat penampilan pertama untuk pasukan Brighton di bahagian pertahanan.
Dunk bermain bersama Tommy Elphick, dengan Adam el-Abd mengambil alih tempat Marcos Painter di bahagian pertahanan kiri. Gavin Hoyte kekal sebagai pemain pertahanan kanan.

Bahagian tengah telah diperkuatkan dengan kehadiran lima orang pemain iaitu Seb Carole, Diego Arismendi, Andrew Crofts, Lee Hendrie dan Elliott Bennett.

Perlawanan ini disaksikan oleh 12,023 orang penonton yang menyaksikan seorang pemain MK Dons dan Diego Arismendi diperintah keluar padang.

Turut yang menarik perhatian pada malam ini adalah keupayaan pemain antarabangsa England Bawah 16 Tahun, Jake Caskey (gambar atas) meletakkan namanya di dalam bangku pemain simpanan pasukan Brighton. Walaupun dia tidak diturunkan, tetapi ini adalah satu petanda yang baik bagi pembangunan bolasepak di Brighton.

Keputusan seri ini membolehkan pasukan Brighton menduduki tangga ke 13 liga dengan mengumpulkan 56 mata daripada 45 perlawanan.

Perlawanan terakhir musim ini adalah menentang pasukan Yeovil Town pada 8 Mei 2010 di Stadium Withdean.

Albion: (4-5-1) Brezovan; Hoyte, Dunk, Elphick, El-Abd (Painter 66); Bennett, Crofts, Arismendi, Hendrie (Dicker 59), Carole (Navarro 59); Holroyd. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Tunnicliffe, Barnes, Caskey.

No comments:

Post a Comment