Tuesday 9 November 2010

Gangguan Perkhidmatan Tren Di Sektor Selatan

Perkhidmatan KTM Antarabandar di Wilayah Selatan mengalami gangguan ekoran insiden kegelinciran Tren KTM Antarabandar di Kilometer 773.0 berhampiran Stesen Bukit Timah, Singapura pada jam 8.17 pagi tadi (Selasa, 9 November 2010).

Tren KTM Antarabandar yang terlibat adalah Tren Ekspres Rakyat (Singapura – Butterworth) yang berlepas pada jam 8.00 pagi membawa seramai 60 orang penumpang daripada Singapura. Koc yang terlibat dengan insiden ini ialah sebuah lokomotif dan dua buah koc tempat duduk penumpang.

Semua penumpang yang terlibat telah dibawa kembali ke Stesen Tanjung Pagar/Singapura dan diberikan pemulangan tambang penuh. Tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan.


Ekoran daripada itu, beberapa perkhidmatan KTM Antarabandar telah mengalami gangguan iaitu:

a. Ekspres Rakyat (Butterworth – Singapura) - Tren akan ditamatkan di Stesen JB Sentral sahaja.

b. Ekspres Rakyat (Singapura - Butterworth) - Perkhidmatan ini dibatalkan, tren bermula daripada Stesen KL Sentral ke Butterworth sahaja.

c. Ekspres Senandung Sutera (Kuala Lumpur – Singapura) - Tren akan ditamatkan di Stesen JB Sentral sahaja (dijangka mengalami kelewatan).

d. Ekspres Senandung Sutera (Singapura – Kuala Lumpur) - Perkhidmatan dari Singapura dibatalkan dan tren ini bermula daripada JB Sentral.

e. Ekspres Sinaran Selatan (Singapura – Kuala Lumpur) - Perkhidmatan dari Singapura dibatalkan dan tren akan bermula daripada Stesen JB Sentral.

f. Ekspres Sinaran Selatan ( Kuala Lumpur – Singapura) - Tren akan ditamatkan di Stesen JB Sentral sahaja.

g. Ekspres Senandung Timuran (Singapura – Tumpat) - Perkhidmatan dari Singapura dibatalkan dan tren ini bermula daripada JB Sentral.

h. Ekspres Sinaran Timur (Tumpat - Singapura) - Tren akan ditamatkan di Stesen JB Sentral sahaja.

i. Tren shuttle (Kuala Lipis – Singapura – Kuala Lipis) - Perkhidmatan akan bermula dan tamat di Stesen JB Sentral sahaja.

j. Tren shuttle (Singapura – Gemas – Singapura) - Perkhidmatan ini dibatalkan.

Penumpang boleh meminta pemulangan tambang penuh untuk perkhidmatan yang dibatalkan ataupun menukar semula tarikh perjalanan. Kerja-kerja mengalihkan gerabak dan membaikpulih landasan sedang dijalankan dan landasan dijangka pulih pagi esok.

No comments:

Post a Comment