Wednesday 17 November 2010

Woking..2 Brighton & Hove Albion..2

Hasrat untuk Brighton & Hove Albion mara ke Pusingan Kedua Piala FA England Musim 2010/11 tercapai akhirnya setelah menang 3 - 0 menerusi sepakan penalti di Woking pada perlawanan ulangan Pusingan Pertama yang telah berlangsung pada hari Selasa, 16 November 2010.

Perlawanan yang menarik ini berkesudahan dengan keputusan seri 1 - 1 selepas tamat 90 minit permainan dan 2 - 2 selepas tamat 30 minit masa tambahan. Akhirnya pemenang terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.

Pengurus Pasukan Brighton Gus Poyet membuat lima perubahan terhadap kesebelasan utama yang tewas 1 - 3 di Hartlepool pada hari Sabtu lepas dengan Mauricio Taricco diberi peluang untuk bermain bersama pasukan utama buat pertama kali sejak tahun 2004.

Tommy Elphick dan Peter Brezovan kembali mengisi tempat dalam kesebelasan utama, masing - masing menggantikan Adam El-Abd dan Casper Ankergren. Matt Sparrow memulakan perlawanan di sebelah kiri mengambil tempat Kazenga LuaLua yang mengalami patah tulang kaki pada perlawanan Sabtu lepas, sementara Gary Hart menggantikan Glenn Murray untuk berpasangan dengan Ashley Barnes di bahagian serangan.

Matt Sparrow memulakan jaringan buat Brighton pada minit ke-56 sebelum disamakan oleh Elvis Hammond untuk pasukan Woking pada minit k-71. Woking di depan pada minit ke-102 apabila Ola Sogbanmu membuat tandukan cantik depan gol menewaskan Brezovan. Sunggupun begitu, Elliott Bennett telah menyelamatkan pasukan Brighton dengan gol yang menarik pada minit ke-105.

Kedudukan selepas tamat tambahan: Woking..2 Brighton..2

Sewaktu sepakan penalti, Brighton telah dapat menjaringkan gol menerusi Murray, Sparrow dan Baz dengan sepakan Battipiedi terkena palang gol. Manakala Sogbanmu, Foulconbridge dan Hammond gagal untuk menjaringkan penalti untuk Woking.

Kemenangan ini mengesahkan Brighton untuk menetang FC United of Manchester dalam perlawanan Pusingan Kedua Piala FA England di Stadium Withdean pada 27 November 2010.

Seramai 4,193 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan tersebut yang bermula pada jam 7.45 malam yang mana turut disiarkan secara langsung di saluran TV ESPN.

Perlawanan seterusnya bagi pasukan Brighton adalah menentang Bristol Rovers di Stadium Withdean pada hari Sabtu, 20 November 2010 dalam Liga 1 nPower.

Albion: (4-4-2) Brezovan; Calderon, Elphick, Greer, Taricco; Bennett, Kishishev (Battipiedi 58), Dicker, Sparrow; Gart (Baz 96), Barnes (Murray 58). Pemain simpanan yang lain: Poke (GK), El-Abd, Jamie Smith, Painter.

No comments:

Post a Comment