Tuesday 25 October 2011

Brighton..0 West Ham United..1

Kekecewaan terus menyelubungi Stadium Amex selepas pasukan Brighton masih gagal untuk meraih sebarang kemenangan selepas tujuh perlawanan liga.

Dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi, Brighton tewas 0 - 1 kepada pasukan West Ham United. Gol tunggal perlawananan adalah hasil jaringan Kevin Nolan pada minit ke-17.

Gus Poyet membuat empat perubahan terhadap kesebelasan utama yang seri 1 - 1 ketika menentang Millwall pada hari Selasa lepas, termasuk menurunkan dua muka baru.

Penjaga gol Steve Harper, yang dipinjam dari pasukan Newcastle United awal pagi semalam, terus diberi kepercayaan untuk menjaga pintu gol dengan pemain pertahanan Chile, Gonzalo Jara Reyes bermain di bahagian pertahanan. Casper Ankergren dan Inigo Calderon disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Ashley Barnes kembali ke bahagian serangan mengambil tempat Will Hoskins, manakala Gary Dicker mengambilalih tugas Ryan Harley.

Will Buckley sudah pulih dari kecederaan dan tersenarai sebagai pemain simpanan.

Seramai 20,686 orang penonton dengan 2,401 daripadanya adalah penyokong setia pasukan West Ham United, menjadi saksi kepada penguasaan Brighton sepanjang perlawanan tetapi kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat.

Brighton kini meneruskan usaha mencari kemenangan pertama sejak awal September untuk kembali bersaing dalam liga.

Berikut adalah kedudukan terkini Liga Kejuaraan.

Perlawanan seterusnya adalah pada hari Sabtu 29 Oktober 2011 menentang Birmingham City di Stadium St Andrews, Birmingham.

Senarai pemain:

Albion: (4-4-2) Harper; Reyes, Greer, Dunk, Painter; Bridcutt, Dicker (Harley 80), Sparrow (Buckley 71), Noone; Barnes (Hoskins 59), Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Ankergren (GK), Calderon.

West Ham United: (4-4-2) Almunia; O'Brien, Reid, Faye, McCartney; Faubert (Baldock 90+2), Nolan, Diop (Sears 55), Noble; Carew (Piquionne 65), Collison. Pemain simpanan yang lain: Boffin (GK), Moncur.

No comments:

Post a Comment