Saturday 5 May 2012

Beli Jagung Di Sekinchan

Salam buat semua... 

Apa khabar? Aku dan keluarga sihat-sihat aje. Maaf sebab aku dah lama tak 'update' blog ini kerana agak sibuk sedikit dengan tugas dan tanggungjawab samada di rumah atau di pejabat.

Semalam aku ke Sitiawan, Perak kerana ada kerja nak buat.

Dalam perjalanan balik selepas melepasi Pekan Sabak Bernam, aku menyaksikan keindahan alam saujana mata memandang. Sawah padi menghijau dengan awam putih menghiasi langit biru.

Aku teringat pada kampung halaman yang dah lama aku tak singgah. Apa khabar agaknya orang - orang di sana? Aku harap mereka juga sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki. Yelah... 12 tahun dah aku tak balik kampung.
 
Dalam pada itu, aku singgah di salah sebuah gerai yang terdapat di tepi jalan dekat Pekan Sekinchan.

Aku cuba cari benda apa yang sesuai untuk aku bawa balik ke rumah. Di gerai itu ada menjual mangga, jambu air, keladi, sukun dan jagung. Tengok punya tengok, aku ternampak beberapa longgok jagung. 

Jadi aku mula memilih nak pilih longgok yang mana satu sebab semuanya menarik. Akhirnya aku membeli selonggok jagung mentah dan beberapa ketul jagung rebus. Harganya lebih kurang RM 15.00 aje.

Selain menjual jagung rebus dan jagung cawan, di gerai itu juga ada menjual benih jagung.

 Jagung rebus dan jagung cawan. Sedap oooooiiiiii.......
 Makcik ini dibantu oleh anak-anaknya untuk menjalankan perniagaan
Ini adalah sejenis keladi yang aku tak berapa tahu akan nama dan asalnya dari mana. Kat belakang tu pulak adalah buah sukun (kulit warna hijau) dan timun laut (warna putih).

Buah sukun sedap digoreng garing. Begitu juga dengan keladi, tetapi aku tak berapa gemar makan keladi. Buah timun laut tu aku tak tahu cara nak makan. Itulah kali pertama aku tengok buah timun laut tu.

Di hadapan gerai itu, kelihatan deretan pokok kelapa dengan satu lagi pemandangan indah di waktu petang. 
Dalam memandu menuju ke rumah selepas itu, aku pun makanlah jagung rebus yang aku beli tadi. Aku puas hati membelinya kerana rasa isi jagung tu tak terlalu manis.

Akhirnya aku tiba di rumah sekitar jam 8 malam selepas mengharungi perjalanan yang lancar cuma ada sedikit kesesakan di plaza tol kerana masih banyak kenderaan yang baru pulang kerja agaknya...

4 comments:

  1. Dah pegi kedai ni...no.1 dari pekan sekinchan menghala ke kl/shah alam.jagung so sweet sgt2.manis smp kt tekak....mangga wlupun muda sgt sedap dan rapuh.layanzzz....

    ReplyDelete
  2. Dah pegi kedai ni...no.1 dari pekan sekinchan menghala ke kl/shah alam.jagung so sweet sgt2.manis smp kt tekak....mangga wlupun muda sgt sedap dan rapuh.layanzzz....

    ReplyDelete
  3. Makcik kedai ni name makcik ina.memang layan la kat sini.bhgn belakang kedai pemandangan sawah padi dgn ade sebiji rumah tgh sawah.bhgn depan kedai seberang jalan raya ade banyak pokok2 kelapa..makcik ni kata kedai dia kedai nombor 1..

    ReplyDelete
  4. ank makcik 2 satu rumah....malam tadi sye wat bubur jagung...betoi2x layan ...manis jagung nye,...berjus lak tu..murah pon murah...beli tau kat kedai tu..tak rugi..pasti dtang lagi

    ReplyDelete