Saturday 21 July 2012

Keputusan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2012



juara qari dan qariah tilawah al quran antarabangsa 2012 keputusan tilawah al quran peringkat antarabangsa 2012 

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antrabangsa yang bertemakan Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah menyaksikan penyertaan 71 peserta mewakili 44 buah negara melibatkan 44 qari dan 27 qariah

Tiga buah negara iaitu Belgium, Ghana dan Tanzania merupakan negara yang pertama kali menghantar penyertaan kali ini dalam tilawah yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 6 - 13 Julai 2012.

Mengukir sejarah kepada peserta Malaysia, Muhammad Anuar Ghazali (Kelantan) yang berusia 36 tahun dinobatkan sebagai juara kategori qari setelah memperdengarkan Ayat 84 Surah Hud dan meraih markah 95.33 peratus

Manakala kategori Qariah dimenangi oleh peserta Maghribi Hasnae Khoulali berumur 19 tahun.Beliau memperdengarkan bacaan Surah al-Israk memperoleh 94 peratus

Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM40,000 setiap seorang selain trofi dan sijil penyertaan

Naib johan qari disandang oleh peserta dari Iran Amin Pouya dengan 91.67 peratus manakala tempat ketiga milik Indonesia menerusi Raden Harmoko Baharudin 90.16 peratus

Bagi qariah, peserta Indonesia, Rahmawati Bakri Hunawa mendapat tempat kedua dan qariah negara, Che Aminah Che Awang di tempat ketiga. Kedua-dua mereka mencatat perbezaan peratusan markah yang tipis

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang

No comments:

Post a Comment