Monday 23 July 2012

Pertambahan Kekerapan Perkhidmatan KTM Komuter Sempena Bulan Ramadan 1433H/2012

KTM Komuter sedang mencepatkan kekerapan perkhidmatan 15 minit sempena menyambut bulan Ramadan 1433H/2012 mulai 21 Julai 2012 (Sabtu). Perkhidmatan akan bermula seawal jam 4.00 petang berbanding jam 5.00 petang sebelum ini.

Tujuan penambahan ini dilakukan adalah untuk memberi keselesaan dan memudahkan pengguna yang beragama Islam yang akan pulang dari bekerja lebih awal untuk berbuka puasa. Pertambahan kekerapan perkhidmatan 15 minit ini adalah pada waktu puncak di sebelah petang pada hari berkerja sahaja (Isnin – Jumaat).

Antara pertambahan kekerapan tren setiap 15 minit  untuk laluan Batu Caves – Klang dan Bangi – Sungai Buloh adalah seperti berikut:
1. Laluan Batu Caves – Klang
  • Berlepas dari Stesen Batu Caves pada jam 1555H (3.55 petang);
  • Berlepas dari Stesen Klang pada jam 1610H (4.10 petang).
2. Laluan Bangi – Sungai Buloh
  • Berlepas dari Stesen Bangi pada jam 1548H (3.48 petang);
  • Berlepas dari Stesen Sungai Buloh pada 1616H (4.16 petang).
Manakala bagi laluan Rawang – Tanjung Malim, kekerapa tren akan disingkatkan dari 60 minit ke 40 minit.
3. Laluan Rawang – Tanjung Malim
  • Berlepas dari Stesen Rawang pada jam 0610H (6.10 pagi);
  • Berlepas dari Stesen Tanjung Malim pada 0715H (7.15 pagi).
Para penumpang dinasihatkan supaya menjaga keselamatan masing – masing  semasa menggunakan perkhidmatan KTM Komuter.

No comments:

Post a Comment