Thursday 18 October 2012

Perjalanan Ke Padang Besar

Tidak lama selepas aku ke Gemas, aku mempunyai sedikit lagi masa terluang. Mulanya aku ingin menaiki keretapi ke Pantai Timur, tetapi aku batalkan pada saat akhir kerana aku memilih untuk meninjau perkembangan pembinaan Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh - Padang Besar.

Aku memulakan perjalanan ke Padang Besar dengan menaiki Tren Senandung Langkawi dari KL Sentral. Oleh kerana waktu malam, aku kurang berminat untuk mengambil gambar dekat pintu keretapi atas sebab keselamatan.

Aku mula mengambil gambar ketika keretapi mula menghampiri Bandar Alor Star.

Pemandangan indah di waktu pagi.

Di KM81.00 (Selepas Stesen Tokai)
 Stesen Alor Setar dalam pembinaan
 Stesen Alor Setar yang ada sekarang
 Lagi Stesen Alor Setar yang dalam pembinaan
 Kuarters Kakitangan KTMB Alr Setar yang baru
 Stesen Anak Bukit dalam pembinaan
 
 
 
 
Kabin Anak Bukit yang mengawal pergerakan tren. Kabin ini akan dinaiktaraf menjadi Stesen Freight Anak Bukit apabila projek ini siap
 Stesen Arau  (dalam pembinaan)
 
 Laluan utama rel untuk masuk ke Sisian CIMA Bukit Ketri
 Stesen Bukit Ketri yang lama
 Stesen Bukit Ketri yang baru masih dalam pembinaan
 Jambatan keretapi di laluan lama yang kini tidak lagi digunakan

Ikuti siri kembara ke Butterworth selepas ini.

No comments:

Post a Comment